Rasanya, semua orang pernah menonton video #KekeChallenge kan?
Tipulah kalau tak pernah, duduk bawah batu ke macam mana tu? Hehe..
Sebulan sudah cabaran #KekeChallenge tular di media sosial sehinggakan bermacam-macam versi yang telah kami tonton. Akhirnya klip video rasmi single Drake berjudul In My Feelings ini telahpun dimuat naik di saluran YouTube DrakeVeVo.
Satu saja persoalan yang penulis fikirkan, adakah klip video ini akan dipenuhi dengan video-video cabaran #KeKeChallenge dari serata dunia termasuklah dari Malaysia, mungkin?
Jawapannya, ya dan tidak.
Walaupun Drake tidak menari di tepi keretanya, namun ada beberapa pergerakan tarian oleh dua orang model yang kelihatan mirip dengan cabaran #KeKeChallenge di awal klip video.
Malah pada minit ke 3.53, Drake mulai bercakap mengenai ‘mimpi ngeri’ tentang seorang budak lelaki New York yang melakukan tarian #KeKeChallenge dan menjadikan tular di seluruh dunia. Secara tidak langsung, Drake mengakui betapa popularnya #KekeChallenge dan bagaimana seluruh dunia obses dengan cabaran tersebut.
Pada pengujung klip video (minit ke 7.25) pula, Drake menampilkan beberapa klip selebriti popular yang melakukan #KekeChallenge! Ini termasuklah Dua Lipa, Ryan Secrest dan Will Smith. Malangnya, tiada selebriti dari Malaysia yang terpilih untuk muncul dalam In My Feelings.
Which is such a shame. Orang Malaysia hebat kot menari di sebelah kereta ini, betul tak?
Cuba tengok klip video terbaru dari Drake ini dan rate sama ada ia hebat atau tidak.
Sebak! Bacaan Surah Al-Baqarah Bergema Ketika Solat Jumaat Kebanyakan Masjid
Hampir keseluruhan masjid serta surau di Malaysia sebentar tadi menyentuh mengenai insiden tembakan rambang yang berlaku di Christchurch New Zealand, minggu lalu.
Seiring dengan khutbah solat Jumaat yang disampaikan oleh para khatib, antara inti pati teks pada minggu ini menyentuh mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh 50 mangsa korban dalam serangan di dua masjid di Christchurch.
Tanpa menyentuh mengenai dendam terhadap si pelaku, para khatib mengajak kaum Muslimin sekalian untuk berfikir sejenak mengenai hikmah di sebalik insiden itu.
“50 mangsa mungkin sudah pulang kepadaNya, namun 500, 5000 dan lebih ramai penduduk dunia kini mendoakan kesejahteraan mereka dan kesejahteraan dunia seperti yang yang disampaikan oleh ajaran Islam.”
Khutbah kemudian diikuti oleh solat Jumaat yang rata-rata memperdengarkan bacaan surah al-Baqarah bermula daripada ayat 154 hingga 157. Maksud ayat suci berikut dilihat bersesuaian dengan insiden yang berlaku.
Ini merupakan terjemahan ayat yang dimaksudkan.
“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
Surah Al-Baqarah, ayat 154
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Surah Al-Baqarah, ayat 154
Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, masjid dan surau di sekitar Lembah Klang pula telah menyahut seruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk mangsa yang terkorban. Mengikut laporan, 84 buah masji dan 110 surau telah terlibat sama.
Untuk pengetahuan korang, sidang parlimen New Zealand pertama yang berlangsung pada hari Selasa lalu selepas insiden tersebut juga telah dimulakan dengan bacaan surah al-Baqarah oleh Imam Nizam Thanvi. Ia diikuti dengan terjemahan oleh Imam Tahur Nawaz.
Kenapa Bom Fostor Putih Diharamkan? Kalau Kena, Kulit Terbakar & Daging Hangus Sampai Tulang
Sejak semalam, Zionis Israel begitu ghairah membedil Palestin. Media Israel melaporkan sebanyak 70 bedilan roket telah dilancarkan ke bumi Gaza dalam tempoh beberapa minit. Bedilan ini disasarkan ke ibu pejabat Hamas, kawasan awam dan tanah pertanian. Dalam serangan semalam seramai 7 penduduk Palestin tercedera dalam serangan maha dasyhat ini.
Doalah, berdoalah dalam setiap kali sujud kita dan angkatlah tangan agar penduduk Palestin sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata tapi kita mampu mengangkat tangan memohon kepada Allah taala agar penderitaan penduduk Palestin dapat dikurangkan.
Di sebalik puluhan bedilan roket, konflik yang berlaku sejak puluhan tahun, ternyata seksaan Israel ke atas rakyat Palestin tidak pernah surut termasuklah pernah menggunakan BOM FOSTOR PUTIH ke wilayah Palestin.
Apa yang kita perlu faham tentang bom fostor putih ini?
Dari jauh, saat bom ini meletup, ia umpama bunga kembang mekar. Suasananya seakan sama seperti pertunjukan bunga api yang selalu kita lihat semasa sambutan tahun baru.
Tapi kesan bom fostor putih ini terlalu dasyhat. Ini kerana saat bom itu meletup dan mana-mana manusia yang berada di sekitarnya, saat tubuh kita terkena percikannya,kalau tidak mati akan cacat kekal selama-lamanya. Ia bukan saja membakar kulit tetapi juga daging turut hangus. Inilah sebab kenapa bom fostor putih ini dilarang digunakan dalam peperangan.
Bagaimana bom postor putih ini dicipta?
Bom ini digunakan secara meluas semasa Perang Dunia pertama dan kedua. Ia adalah sejenis bom kimia yang jika terkena mampu membawa maut. Jika terkena serpihannya, akan cacat seumur hidup kerana kulit akan terbakar, selain daging di bawah kulit daging akan hangus. “Hujan api kembang” yang dilepaskan ini nampak indah tetapi begitu merbahaya.
Sesetengah menyebutnya Willie Pete atau White Phosphorus (fostor putih). Ia cukup mudah dikenali kerana akan kembang putih saat dilancarkan ke udara. Sifatnya mudah menyala ketika bersentuhan dengan udara. Biar sudah diharamkan oleh Hak Asasi Manusia tetapi Israel begitu berani menggunakannya. Ini bukan kali pertama Isreal menggunakan bom pospor putih ini tetapi sejak 2009 lagi terhadap Palestin.
Ia disebut Willie Pete kerana zat kimianya sangat mudah terbakar. Fostor biasanya terkandung dengan kombinasi mineral dan bahan ini banyak ditemui di Russia, Moraco termasuk Amerika Syarikat.
Aman Palestin melaporkan, laluan ke Gaza telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah untuk mereka bersedia melancarkan serangan dalam skala yang besar. Serangan disasarkan ke kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.
Ya Allah, lindungilah seluruh rakyat Palestin.
Bagi korang yang nak menderma untuk rakyat Palestin, boleh berbuat demikian di akaun ini yang dikendalikan oleh Aman Palestin Berhad.
Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Menyumbang untuk lebih mudah, sila klik link berikut: https://www.billplz.com/jommenyumbang
Berkorban Jaga Ibu Sudah Tua, Doktor Muda Ini Akhirnya Dijemput Illahi Selepas Terlibat Kemalangan Maut
Penrgorbanan seorang anak yang sanggup berulang alik sejauh 160 km sehari dari Kajang menuju ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah setiap hari kerana mahu menjaga ibunya yang sudah uzur berakhir dengan penuh kesyahduan dan kesedihan buat seluruh ahli keluarganya. Allahyarham Naim Zafri, 26 tahun yang maut dalam kemalangan dua buah kereta awal pagi tadi bermilih berkorban menjaga ibunya kerana dirinya selepas bapanya meninggal dunia
“Jasa arwah adik menjaga ibu akan kami kenang selamanya dan kami reda atas pemergiannya, ALLAH SWT lebih sayangkan adik,” kata Mohd Fahmi Che Yusoff, 33, ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, semalam.
Mohd Fahmi adalah anak keempat dari enam beradik, abang kepada mangsa, Naim Zafri, 26, terbabit dalam kemalangan maut pada jam 5.50 pagi di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Ulu Bendul di sini.
Menurutnya, Naim Zafri adalah seorang doktor pelatih di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kerap berulang-alik dari Kuala Pilah ke Kajang untuk menjaga ibunya yang kini tinggal sendirian.
“Sebelum ini arwah tinggal di rumah sewa di Kuala Pilah tapi selepas ayah meninggal Julai tahun lalu arwah terpaksa berulang alik sebab kesian dengan keadaan ibu tinggal seorang diri.
“Kami adik-beradik memang selalu nasihatkan dia, tidak terlalu kerap berulang alik bimbang akan keselamatannya, tambahan pula bebanan kerja yang perlu diharungi setiap hari,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah menyatakan kebimbangan atas keselamatan anak bongsu itu sebelum dijemput Ilahi dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Kami pun boleh jenguk ibu tetapi dia tetap bertegas untuk menemani ibu, memandangkan dirinya masih bujang serta tiada komitmen lain.
“Arwah seorang adik dan anak yang baik, selalu mengutamakan ibu dan ahli keluarga. Kehilangannya pasti amat dirasai tambahan pula tidak lama lagi hendak sambut Ramadan dan Aidilfitri” katanya.
Menurut Mohd Fahmi, meskipun berasa amat sedih atas kehilangan adiknya itu namun mereka sekeluarga reda.
“Insya-ALLAH, jenazah adik di bawa ke Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk dikebumikan selepas solat Asar,” katanya.
Tersepit 20 minit
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera serta EMRS bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 5.57 pagi.
“Setibanya di lokasi, kami dapati mangsa tersepit di antara bahagian tempat duduk pemandu dan stereng kereta sehinggakan kami terpaksa memotong pintu pemandu dan ‘dashboard’ kereta menggunakan peralatan khas dan bomba mengambil masa 20 minit untuk keluarkan mangsa.
“Pegawai perubatan sahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya ,” katanya.
Eva Saifun berkata, mangsa lain turut terlibat yang menaiki kereta Exora dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HTAN.
Dua kereta bertembung
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Naim Zafri dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki Muhammad Azim Kamaru-zaman, 26.
“Mangsa (Naim Zafri) dipercayai memandu dari arah Seremban menghala Kuala Pilah sebelum bertembung kereta dipandu Muham-mad Azim beralamat Taman Jemapoh Murni Kuala Pilah.
“Pertembungan itu mengakibatkan Naim Zafri maut di lokasi kejadian dipercayai parah di kepala dan patah kedua-dua tangan serta kaki manakala Muhammad Azim yang luka di dahi dan anggota badan dibawa ke HTAN untuk menerima rawatan selanjutnya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HTAN untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pertembungan kereta itu di tengah-tengah jalan hingga mengakibatkan kesesakan sepanjang tiga kilometer,” katanya.
Sumber :- SINAR HARIAN