Peminat K-drama dan K-movie di Malaysia rata-rata mengetahui mengenai kehadiran pelakon, Park Seo-joon ke Malaysia pada 25 Februari 2023 ini.
Istimewa dibawakan oleh Milo Malaysia sempena pengenalan projek kolaboratif ‘MILO x Park Seo-joon Energetic Collaboration’ bersama pelakon filem The Marvels itu, ini merupakan kali pertama peminatnya dapat menyaksikan kelibat fizikalnya dalam acara perjumpaan di pusat membeli-belah, Sunway Pyramid Petaling Jaya.
Bukan setakat orang ramai sahaja yang teruja menantikan tarikh tersebut, keterujaan selebriti tempatan juga tidak kurang hebatnya.
Salah seorang selebriti yang memberikan ekspresi terbaik setelah mendapat tahu dia berpeluang untuk bertemu Park Seo-joon menerusi peraduan ‘Jom Minum MILO Bersama Park Seo-joon di Malaysia’ baru-baru ini ialah pengacara program HLive, Adriana Adnan.
Ads
Menerusi hantaran di Instagram Story, Adriana kelihatan cukup terkejut apabila dia memperolehi perkhabaran tersebut menerusi mesej teks di telefon.
“Terima perkhabaran terbaik dalam seluruh hidup saya. Terima kasih Milo Malaysia,” catatnya bersama emoji wajah terharu di atas pemilihannya itu. Adriana tidak dihubungi atas dasar tugasan sebagai pengacara mahupun bertugas untuk pihak HLive pada 25 Februari. Sebaliknya, dia sendiri menyertai peraduan yang dianjurkan dan ternyata, tuah menyebelahinya.
Biarpun orang ramai selalu merasakan golongan selebriti mudah mendapat akses di acara seperti konsert, ‘meet and greet’ atau tayangan perdana bersama bintang antarabangsa seperti Park Seo-joon, ternyata telahan itu meleset.
Ads
“Tidak, tidak, tidak. Saya masuk peraduan itu kerana saya sangat ingin bertemu dengannya. Saya masuk weh peraduan itu, beli Milo banyak-banyak!” katanya sambil menaip ‘setuju’ di atas tawaran ‘once-in-a-lifetime itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah. Macam tak percaya, Park Seo-joon weh.”
Biarpun tarikh penyertaan peraduan sudahpun ditutup semalam pada 15 Februari, korang masih berpeluang untuk melihat kelihat Park Seo-joon dari jauh. Jangan lupakan tarikh 25 Februari 2023 di dalam kalendar korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres terkenal negara seberang, Mikha Tambayong akhirnya berkongsi khabar gembira sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang juga rakan baiknya, Deva Mahenra, pada Sabtu lalu.
Menerusi satu hantaran di platform Instagram, pelakon sinetron popular Aishiteru itu berkongsi dia mengayakan gaun pernikahan mendiang ibunya iaitu gaun berona putih pada majlis perkahwinannya.
“Hari ini saya berkahwin dengan kawan baik saya dengan memakai baju perkahwinan ibu,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Pada hantaran sama, bintang cantik itu turut memuat naik sekeping foto perkahwinan milik ibunya yang sedang memakai gaun berkenaan.
Menjengah perkongsian lain, Mikha juga ada berkongsi beberapa foto sepanjang majlis resepsi perkahwinannya yang meriah itu.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.
“Selamat memasuki fasa baharu @miktambayong & @devamahenra,” komen seorang peminatnya.
“Wah senangnya. Selamat cantik ku sayang… selamat berbahagia kalian berdua.. selamat menempuh hidup yang baru. God bless you guys,” komen peminatnya lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kerajaan menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan akan memperuntukan bantuan makanan sebanyak RM12 juta kepada para pelajar peringkat tertiari.
Bantuan makanan ini melibatkan 74,530 orang pelajar yang tidak pulang ke kampung dan kini menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia bukan saja untuk pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA), malah melibatkan pelajar IPT swasta,Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.
“Kita menyerahkan kepada pihak universiti dari segi agihan dan terserah pada universiti sama ada dia (pelajar) boleh beli guna kupon atau beli di gerai dan kafe, terserah kepada IPT.
“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya makanan mereka,” kata beliau pada sidang media hari ini. Bantuan yang diberikan ini adalah bagi kegunaan selama 11 hari sehingga tempoh PKP berakhir 31 Mac ini.
Ini dilihat sebagai berita baik buat para pelajar yang ‘terperangkap’ di hostel dan tidak boleh pulang ke kampung halaman setelah beberapa universiti tempatan mula mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan makanan.
Antaranya termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) cawangan Kuantan.
Sumber Foto Utama: UTM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!
Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...