[VIDEO] Reaksi Pengacara, Adriana Adnan Dapat Tahu Terpilih Bertemu Park Seo Joon Memang Comel!

Share

Peminat K-drama dan K-movie di Malaysia rata-rata mengetahui mengenai kehadiran pelakon, Park Seo-joon ke Malaysia pada 25 Februari 2023 ini.

Istimewa dibawakan oleh Milo Malaysia sempena pengenalan projek kolaboratif ‘MILO x Park Seo-joon Energetic Collaboration’ bersama pelakon filem The Marvels itu, ini merupakan kali pertama peminatnya dapat menyaksikan kelibat fizikalnya dalam acara perjumpaan di pusat membeli-belah, Sunway Pyramid Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat MILO, Park Seojoon ‘Turun’ Malaysia Temui Peminat Februari Ini – REMAJA

BACA LAGI: Pek Minuman Stik MILO Laku Keras Penangan Park Seo-Jun – REMAJA

Bukan setakat orang ramai sahaja yang teruja menantikan tarikh tersebut, keterujaan selebriti tempatan juga tidak kurang hebatnya.

Salah seorang selebriti yang memberikan ekspresi terbaik setelah mendapat tahu dia berpeluang untuk bertemu Park Seo-joon menerusi peraduan ‘Jom Minum MILO Bersama Park Seo-joon di Malaysia’ baru-baru ini ialah pengacara program HLive, Adriana Adnan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Adriana kelihatan cukup terkejut apabila dia memperolehi perkhabaran tersebut menerusi mesej teks di telefon.

Sebagai peminat dunia hiburan Korea, Adriana kadangkala memperolehi peluang mengacara majlis pertemuan media Malaysia bersama bintang dari Korea Selatan. Begitupun kali ini, dia sanggup menyertai peraduan atas kapasiti sebagai seorang peminat. FOTO: Tangkap Layar Instagram @adrianaadnan

“Terima perkhabaran terbaik dalam seluruh hidup saya. Terima kasih Milo Malaysia,” catatnya bersama emoji wajah terharu di atas pemilihannya itu. Adriana tidak dihubungi atas dasar tugasan sebagai pengacara mahupun bertugas untuk pihak HLive pada 25 Februari. Sebaliknya, dia sendiri menyertai peraduan yang dianjurkan dan ternyata, tuah menyebelahinya.

Biarpun orang ramai selalu merasakan golongan selebriti mudah mendapat akses di acara seperti konsert, ‘meet and greet’ atau tayangan perdana bersama bintang antarabangsa seperti Park Seo-joon, ternyata telahan itu meleset.

FOTO: Tangkap Layar Instagram @adrianaadnan
Tangkap layar bukti Adriana Adnan juga seperti peminat Park Seo-joon lain yang mencuba nasib dengan menyertai peraduan ‘Jom Minum MILO Bersama Park Seo-joon di Malaysia’.

“Tidak, tidak, tidak. Saya masuk peraduan itu kerana saya sangat ingin bertemu dengannya. Saya masuk weh peraduan itu, beli Milo banyak-banyak!” katanya sambil menaip ‘setuju’ di atas tawaran ‘once-in-a-lifetime itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah. Macam tak percaya, Park Seo-joon weh.”

@remaja.my The . Best . Reaction . Ever @Adriana Adnan 😹 #miloxparkseojun
#majalahremaja #remajanews #parkseojoon #parkseojoonmalaysia #fyp #fypage #fypシ゚viral #foryourpage #milomalaysia ♬ 먼 길 – Park seo jun

Comel kan reaksi Adriana Adnan ini!

Biarpun tarikh penyertaan peraduan sudahpun ditutup semalam pada 15 Februari, korang masih berpeluang untuk melihat kelihat Park Seo-joon dari jauh. Jangan lupakan tarikh 25 Februari 2023 di dalam kalendar korang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ