Ketika keadaan pandemik COVID-19 di Malaysia masih kritikal apabila jumlah kes baharu meningkat semula hingga mencecah angka 2000 mangsa sehari, lain pula ceritanya dengan dua buah negara Anzac ini.
Australia dan New Zealand wajar dijadikan contoh dalam menangani wabak ini apabila masing-masing bersetuju untuk mula membuka sempadan negara bermula dua hari lalu.
Pembukaan sempadan yang dikenali sebagai ‘Travel Bubble’ itu hanya tertakluk kepada kerakyatan dua buah negara itu dan hanya untuk perjalanan dari Australia – New Zealand dan sebaliknya.
Ia bagaimanapun bukanlah tiket untuk rakyatbya menjadikan Australia atau New Zealand sebagai lokasi transit sebelum mereka ‘terbang’ ke negara lain. Jika didapati mengambil kesempatan seperti itu, mereka boleh didenda sehingga AU$63,000 malah dipenjara untuk 5 tahun!
Berbalik kepada pengenalan ‘Travel Bubble’ ini, ia adalah sesuatu yang amat positif memandangkan Australia amat tegas dalam isu pembukaan sempadan sejak Mac 2020 demi mengelak wabak COVID-19 merebak. Tiada langsung rakyatnya yang ‘terkandas’ di New Zealand dibenarkan pulang ke tanah air sendiri sebelum ini.
Lalu, setelah dua hari pembukaan sempadan ini, ribuan rakyat Australia dan New Zealand telah segera menempah penerbangan terawal untuk bertemu semula dengan ahli keluarga dan sahabat setelah lebih setahun terpisah.
Foto dan video di media sosial menunjukkan kegembiraan pada wajah mereka semasa pertemuan di lapangan terbang dan ia telah menyentuh hati warganet. Titisan air mata jelas dilihat mengalir pada pipi penumpang. *Cue some tissues!*
Sumber Foto : NZ Herald
Sumber Foto : NZ Herald
Sumber Foto : NZ Herald
Sumber Foto : NZ Herald
Sumber Foto : NZ Herald
Malah di New Zealand, sekumpulan koir ada ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland untuk menerima kunjungan rakyat Australia yang baru saja mendarat di sana.
Menariknya, pengenalan Travel Bubble ini juga tidak memerlukan sebarang tempoh kuarantin pada penumpang. Mereka bebas untuk terus berinteraksi dan bertemu dengan yang tersayang.
Sumber Foto : NZ Herald
Sumber Foto : NZ Herald
Menurut beberapa penumpang dalam pesawat Air New Zealand yang merupakan pesawat pertama yang mendarat, kesemuanya mempunyai senyuman sepanjang perjalanan itu.
Adakah Malaysia dan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand akan bersedia untuk memperkenalkan Travel Bubble pada tahun 2021? Melihatkan kepada angka kes baharu sekarang, impian itu mungkin sukar untuk dicapai.
But hey, nothing is impossible right? Tahun lalu, Malaysia pernah mencatatkan sifar kes baharu dan tidak mustahil kita boleh mencapainya semula.