Perbezaan antara manusia dan binatang adalah akal.
Jika manusia punya hati dan perasaan, sama juga dengan binatang tetapi manusia sahaja yang tidak mampu menterjemahkannya tentang perilaku binatang. Jika manusia mampu bezakan mana salah atau betul (walau sering kali buat silap) haiwan pula tidak mampu membezakan mana yang betul dan mana yang salah.
Tapi nampaknya setiap hari, semakin banyak perlakuan manusia menganiayai binatang dipertonjolkan. Semuanya berbentuk kekejaman yang membuatkan ramai berasa panas hati. Jika dua tiga hari lalu tular seorang lelaki menghempas kucing yang menumpang rehat di atas keretanya hingga patah riuk kucing berkenaan, hari ini terpapar pula satu rakaman video tindakan seorang lelaki yang bertindak menyembur pewarna merah kepada seekor beruk yang terkurung di dalam kandang kecil.
Hish, tak fahamlah sampai bila isu penganiayaan begini akan berakhir? Tiada belas ihsankah kita kepada makhluk Allah ini juga?.
Bertindak pantas dengan video yang tular, MyAct – Malaysia Animal Crime Transparency di page mereka “memburu” lelaki yang bertindak menyembur pewarna merah meminta agar pelakunya ditangkap.
Baca rayuan mereka mengenainya. Siapa ada maklumat boleh salurkan segera ya.
Video monyet diwarnakan kembali berlegar. Perlakuan menunjukkan ia berlaku dalam negara ini. Mewarnakan haiwan liar seperti beruk ini adalah jenayah. Ia mengubah sifat asal kejadian haiwan liar.
Kesalahan jenayah haiwan liar amat berat. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 memperuntukkan hukuman denda dan penjara.
Maklumat pelaku sila salurkan ke www.wasap.my/+601120901097
STOP ANIMAL CRIME!
Tonton rakaman video ini. Tak tahu mana hilang naluri dan belas kasihan manusia pada haiwan yang tak mampu melawan.