[Video] Sumbat Kucing Dalam Mesin Basuh Hingga Mati, Pemuda Teruk Dikecam

Share

Nampaknya perbuatan “bodoh” dua pemuda yang dilihat sengaja memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin basuh memerangkap diri sendiri.

Perbuatan kejam tidak masuk akal yang berjaya dirakam melalui CCTV di kedai dobi berkenaan menyaksikan perbuatan kejam dua pemuda yang dengan selamba menangkap seekor ibu kucing bunting yang sedang berehat di bawah meja berkenaan.

Tanpa ada perasaan belas dengan haiwan bunting itu, seorang darinya dilihat menjinjit kucing berkenaan ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi, mengambil pakaiannya dan kemudian berlalu pergi mendapat kecaman luar biasa dari orang ramai yang mahu perbuatannya itu dihukum.

 

Tindakan seorang lelaki yang sengaja menjinjit kucing di bawah meja itu dan terus memasukkan kucing bunting ke dalam mesin pengering

 

Bukan itu saja, Persatuan Haiwan Malaysia sudah membuat laporan polis berkaitan kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan yang tidak berdosa ini.

Dalam satu kenyataan, Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.

Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.

Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.

Ingatan buat orang ramai khususnya para remaja, adakalanya kita menyangka perbuatan itu boleh membuat hati kita riang tertawa tetapi natijah di sebalik perbuatan kejam ini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan.

Sumber : FB Fan Club KakiMotong

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros