
Tupperware, siapa tak kenal dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang.
Tapi hari ni kami nak kongsi trik yang viral baru-baru ini untuk mencuci bekas makanan atau tupperware. Tambah pula bila makanan yang dibawa adalah berminyak dan keseluruhan bekas makanan tersebut turut meninggalkan kesan minyak yang degil!
Minyak yang melekat di bekas plastik ini memang susah ditanggalkan.
Nak tahu cara mudah cuci bekas plastik atau tuppaware berminyak?
Menerusi video TikTok, berdurasi 1:07 minit yang dikongsikan, wanita ini menunjukkan cara masih ramai dalam kalangan kita tidak sangka akan berkesan. Mana tidaknya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu:
Sabun, Air Dan Tisu…Yes itu saja guys, tak perlu susah-susah.
Sila tonton video dibawah :
So tak semua video TikTok tu tak beranfaat dan pelik ye. Moga lebih ramai yang rajin buat video yang bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba!
#GirlPower: Bukan Calang-Calang Pelakon! Sara Mack Lubis Juga Seorang Peguam, Hasrat Mahu Bantu Wanita Tertindas

Nama bintang muda ini mungkin baru didengari dalam industri hiburan tanah air. Pemilik nama Sara Mack Lubis ini mula bergiat aktif dalam dunia seni menerusi karya-karya ‘indie’.
Berkelulusan dalam bidang guaman dan pada masa sama sebagai seorang anak seni, ia bukanlah suatu perkara yang rumit untuk seimbangkan antara kedua karier tersebut jika ia adalah sebuah ‘passion’.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino
Memandangkan juga sebagai seorang peguam dan pelakon adalah ‘passion‘ wanita ini. Dan, sama seperti orang lain, dia juga memiliki hasrat besar yang mahu dicapai bukan sekadar sebagai pelakon malah dalam karier profesionalnya itu.
Berkongsi kepada Remaja, selain bergiat aktif dalam dunia lakonan, dia turut mempunyai hasrat untuk mengembangkan karier profesionalnya itu agar dapat membantu masyarakat di luar sana.
Dalam perancangan untuk memiliki lesen syariah, Sara juga menitipkan harapan besarnya agar dapat membantu dan membela para wanita yang kurang bernasib baik terutama buat mereka yang sedang dalam pergolakan rumah tangga.
“Saya sebenarnya seorang peguam bela dan peguam cara. Bagi mengembangkan karier saya dalam bidang ini adalah saya ingin membantu orang ramai terutama golongan wanita yang tertindas.
“Jadi, untuk tahun ini saya merancang untuk mengambil lesen syariah bagi membolehkan saya membantu wanita-wanita di luar sana, terutama suri rumah, yang tiada punca pendapatan dan keluar daripada rumah tangga yang sedang broken down atau sebagainya,” ujarnya.
Bertanya mengenai kariernya selain berlakon, pelakon naskhah terbaharu Nenek Bongkok Tiga ini memaklumkan dia turut bergiat aktif dalam sebuah organisasi aktivis kemanusiaan iaitu HungerHurts Malaysia.
Selain itu, pelakon persis wajah pelakon sweet Qismina ini berkongsi dia juga amat meminati solekan dan lukisan, sejak dia bergelar mahasiswa lagi.
“Sebenarnya saya ada perkara lain yang saya lakukan, maksudnya semasa saya di law school, saya amat sukakan solekan. Selain itu, saya juga suka paint dan saya seorang painter. Selain itu, saya juga terlibat dalam sebuah organisasi iaitu HungerHurts Malaysia,” tambah Sara.
Minatnya terhadap lakonan sejak kecil lagi. Tidak hairanlah, lakonan bintang filem Kabus ini jarang sekali menghampakan pencinta karya tanah air. Katanya, selagi diperlukan dalam industri, dia akan lakukan yang terbaik semampunya dan tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi.
“Ya, sejak kecil lagi berlakon ini adalah passion saya. Jadi, disebabkan itu saya hargai sahaja peluang yang ada untuk saya mengembangkan lagi karier bidang lakonan saya Untuk masa akan datang pula, tetap akan berada di sini selagi saya diperlukan dalam industri ini.
“Tetapi seperti apa yang saya cakap, saya ingin berikan tumpuan juga kepada karier guaman. Bagi saya, sepanjang kehidupan saya ini adalah untuk memberi perkhidmatan buat masyarakat,” tuturnya panjang.
Perkembangan terkini, Sara membintangi siri terbaharu Viu arahan Datuk Abdul Halim, berjudul Nenek Bongkok Tiga. Naskhah tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Syafie Naswip, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, dan Sara Ali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Sara Mack Lubis
Tak Sabar Nak Maraton Musim Terbaru Drama Netflix Januari Ini

Isi Kandungan
ToggleTahun 2020 nyata tak mengecewakan pelanggan platform penstriman video atas talian, Netflix.
Untuk bulan Januari ini saja, banyak siri kegemaran ramai akan kembali dengan musim terbarunya! Lihat 5 drama bersiri di Netflix pilihan REMAJA ini.
01
Anne With An E (Musim 3)
OMG, keseluruhan musim ketiga (dan musim terakhir) Anne With An E akan menemui korang pada hari ini. Siri adaptasi novel Anne of Green Gables ini menceritakan perjalanan Anne dari zaman kanak-kanak, dewasa, kolej, perkahwinan dan sebagai ibu.
Tarikh Tayangan: 3 Januari
02
Gotham (Musim 5)
Not another one! Gotham juga bakal berakhir dengan musim kelimanya yang akan ke udara esok. Gotham mengulang kembali kisah Bruce Wayne semasa masih muda ketika memulakan kerjayanya.
Tarikh Tayangan: 4 Januari
03
Brooklyn Nine-Nine (Musim 6)
Ya, setelah siri ini berdepan dengan isu sama ada akan disiarkan di Fox atau NBC untuk musim keenam, ia kembali semula dengan kisah jabatan polis NYPD ke- 99.
Tarikh Tayangan: 11 Januari
04
Sex Education (Musim 2)
8 lagi episod baru untuk Sex Education, yass! Kesemua watak utamanya akan kembali dalam musim baharu ini termasuklah Otis. Sebagai seorang late bloomer, dia sedang bergelut dengan hubungan bersama GF-nya Ola.
Tarikh Tayangan: 17 Januari
05
Chilling Adventures of Sabrina: Part 3
Klip trailer menunjukkan bahawa Sabrina dan kawan-kawannya akan ke dunia penuh jahat. Di akhir musim kedua, Sabrina sedang merancang untuk ke neraka untuk menyelamatkan Nick yang telah dipenjarakan oleh Dark Lord.
Tarikh Tayangan: 24 Januari
*
…oh, kami juga tak dapat melupakan kemunculan siri terbitan Malaysia iaitu The Ghost Bride!
Drama 6 episod yang diadaptasi daripada novel tulisan Yangsze Choo ini menceritakan bagaimana seorang perempuan menerima lamaran keluarga kaya untuk mengahwini mendiang anak lelaki mereka. Amacam?
Tarikh Tayangan: 23 Januari.
*
Dengan banyak siri baru yang menanti kita di Malaysia, berbaloilah ia dengan kenaikan harga langganan Netflix.
Pengguna Mengeluh Harga Langganan Netflix Naik Mulai Januari 2020
“Special Untuk Peminat Drama Misteri” – Eyka Farhana Teruja Bintangi Pretty Little Liars!

OMG sis!
Tidak salah untuk berangan, mana tahu satu hari kelak angan-angan itu akan bertukar menjadi realiti.
Itulah yang berlaku ke atas pelakon tempatan, Eyka Farhana yang baru-baru ini memikat perhatian ramai peminat drama menerusi siri ‘Budak Tebing’. Drama bersiri yang baru saja menamatkan tayangan musim pertamanya pada minggu lalu menunjukkan sisi baharu Eyka sebagai seorang pelakon.
Terbaru, Eyka muncul menerusi drama adaptasi Pretty Little Liars (PLL) versi Asia yang ditayangkan khas menerusi VIU Original. OMG sis!
Dengan populariti yang dikecapi oleh siri original oleh produksi Warner Bros sehingga mampu bertahan selama 7 musim, pastinya ini adalah peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh pelakon comel itu.
“Eyka sentiasa menantikan peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai produksi, baik dari Malaysia ataupun dari negara seberang seperti Indonesia dan Singapura.
“Jadi apabila dapat bekerjasama dengan rakan dari Indonesia, sudah tentu Eyka cuba memberikan yang terbaik. PLL cukup dikenali daripada versi originalnya dari negara Barat, jadi Eyka mencabar kreativiti sendiri bagi memainkan karakter Emma yang diadaptasi daripada karakter Emily.


“Ema seorang yang sweet dan soft-spoken. Dia hanya mengikut flow kumpulannya. Jadi Eyka cuba untuk tidak meniru cara Emily 100%. Sebaliknya Eyka gunakannya sebagai guideline saja untuk menjadikan Ema relevan dalam persekitaran Asia,” katanya yang perlu berada di lokasi penggambaran di Bali Indonesia kira-kira selama 41 hari.
*
Untuk pengetahuan korang, adaptasi Pretty Little Liars ini menceritakan mengenai sekumpulan mahasiswi yang dikejutkan dengan kehilangan ketua mereka, Alissa (Yuki Kato) secara misteri. Setahun kemudian, Jadi 4 karakter utamanya iaitu Hanna (Anya Geraldine), Sabrina (Valerie Thomas), Ema (Eyka Farhana) dan Aira (Shindy Huang) kembali bersatu apabila menerima mesej daripada ‘A’.
Sosok misteri itu cuba mengugut mereka dengan cara buli siber untuk mendedahkan rahsia gelap mereka. Lalu, mereka berempat cuba menyelesaikan misteri ini dan mulai berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.
Eyka menyifatkan pengalaman bersama 4 pelakon dari Indonesia itu sebagai pengalaman yang tidak awkward langsung. Malah dia hanya mengambil masa sehari saja untuk mewujudkan chemistry bersama yang lain.
“Mereka banyak mengajar saya telor Bahasa Indonesia. Malah pengarahnya, Mas Emil juga sudah saya anggap sebagai brother figure yang cool dan steady. Saya amat enjoy semasa berada di Bali walaupun persekitarannya berbeza dengan produksi di Malaysia yang sudah sebati dengan saya.
“Bagi Eyka, setiap drama lakonan saya berbeza dan Eyka perlu memberi interpretasi berbeza juga. Istimewanya mengenai PPL, ia merangkumi 10 episod yang mysterious dan suspicious. Jadi korang yang menonton akan mudah binge-watch hingga ke penghujung,” tambahnya lagi.
*
Korang boleh mula menonton Pretty Little Liars menerusi aplikasi Viu dan muat turunnya melalui App Store, Google Play Store, TV pintar terpilih dan di laman web Viu.
Sebelum itu, tonton trailer-nya di sini.