Video Viral iKON Diserbu Di Airport, YG Terpaksa Keluar Surat Amaran

Share

 

“Berikan mereka ruang untuk bernafas!” – iKONIK

 

Mungkin inilah harga populariti yang perlu dibayar oleh kumpulan K-Pop popular, iKON.

Belum surut dengan kontroversi pengeluaran salah seorang anggotanya, B.I sehingga hashtag #100DaysHandinHandwithBI kini sedang tular di media sosial.

Semalam, beberapa siri video pula menyaksikan kumpulan itu diserbu peminat secara kasar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun.

Mereka dijadualkan untuk melakukan persembahan di Osaka. Belum sempat bertemu dengan peminat secara rasmi di atas pentas, iKON sudahpun diasak oleh peminat K-Pop yang sebahagiannya merupakan peminat mereka yang menggelar diri sebagai iKONIK.

 

 

Malah dalam salah satu video tersebut, anggota iKON Bobby dilihat telah ‘diserang’ dengan anak patung (plushie) pada bahagian muka setelah peminat tersebut ingin memberikan kepadanya.

Senang cerita, it was a mess.

 

Lantas, syarikat label mereka, YG Entertainment terpaksa mengeluarkan surat amaran untuk mengelakkan kejadian ini berlaku semula.

Antara isi kandungan surat tersebut berbunyi seperti ini:

Semalam, terdapat situasi yang tidak menyelesakan.

Lapangan terbang adalah kawasan awam untuk semua orang. Oleh itu, perbuatan mengerumuni kawasan awam boleh mencetuskan huru-hara kepada pengguna awam dan staf.

Artis sebenarnya boleh berdepan dengan bahaya disebabkan perbuatan sesetengah pihak yang mengejar mereka di lapangan terbang. Itu bukanlah perbuatan memberikan sokongan. Itu adalah sesuatu yang merisikokan semua orang.

Jika situasi seperti hari semalam berulang kembali, artis tidak lagi akan dibenarkan menggunakan perkhidmatan awam dan tidak dibenarkan melawat di sekitar Jepun. Mereka hanya akan dibenarkan untuk terlibat dalam acara rasmi melibatkan iKON saja.

Kami perlukan kamu untuk memahami situasi ini. Diharap situasi ini tidak akan berlaku lagi. Terima kasih.

*

Macam-macam eh.

Selama ini, kehadiran grup K-Pop di Malaysia masih belum mencetuskan huru-hara seperti ini di KLIA. Harapnya ia tidak akan berlaku..

Sumber: ALL K-POP

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

Published by
FZ