[VIDEO] Warga Amerika Protes Kena Perintah Berkurung, Anggap COVID-19 “Satu Penipuan”

Share

Boleh dikatakan satu dunia membicarakan wabak pandemic COVID-19. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menggariskan wabak ini berbahaya dan mampu mengancam nyawa manusia di seluruh dunia.

Hari ini sahaja, lebih dari  dua juta orang iaitu 2,328179 orang disahkan positif dijangkiti dengan Amerika Syarikat mencatatkan jumlah tertinggi di dunia dengan  734,552 orang positif dan kematian dicatat adalah seramai 38,835 orang.

Jika di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian wabak ini yang sudah memasuki fasa ke 3 (hampir sebulan setengah sehingga 28 April ini)  dan usaha ini dilihat hampir berjaya walau belum menang sepenuhnya.

Ini kerana dua hari berturut-turut bilangan pesakit positif dicatatkan menurun berbanding mereka yang disahkan sembuh sekaligus membuktikan pendekatan diambil pihak kerajaan bertepatan.

Namun lain pula di Amerika Syarikat, di mana segelintir rakyatnya mengadakan protes kerana perintah berkurung yang dikenakan mengikut negeri.

Perintah berkurung di seluruh negara ini dilakukan mengikuti keputusan Presiden Donald Trump untuk memperluaskan garis panduan menjauhkan jarak sosial penduduk negara itu menjelang April.

Trump mengumumkan perintahnya selepas Dr Anthony Fauci, pakar penyakit jangkitan utama kerajaan, berkata Amerika Syarikat boleh mengalami lebih daripada 100,000 kematian dan berjuta-juta jangkitan dari pandemik coronavirus. Dalam kes ini lebih dari 225 juta  rakyat Amerika Syarikat kini diletakkan di bawah perintah berkurung selepas Gabenor Virginia, Maryland dan Florida mengeluarkan arahan tersebut.

Jika rakyat Malaysia agak patuh dengan PKP (walau ada segelintir yang degil), nampaknya rakyat Amerika lebih ingkar apabila mengadakan protes  jalanan mengenai perintah berkurung ini.

Mereka mengangkat sepanduk dan beberapa temuramah dilakukan rata-ratanya mengakui mampu menjaga diri sendiri.  Mereka mahu menggunting rambut yang sudah panjang (siap tulis sepanduk, mahu kedai dibuka). Lebih tragis menganggap virus COVID-19 ini satu penipuan. Dah 38,000 orang mati pun masih anggap penipuan?

So apa komen korang? Atau biarkanlah Amerika sebab dia orangkan ada banyak Adiwira Dunia!

Lihat video ini!

Published by
Almaswa Haji Che Ros