Akibat Perubahan Cuaca, Tasik Bukit Merah Kini Kering Kontang!
Bukit Merah Laketown Resort merupakan destinasi pelancongan buat semua pelancong suatu ketika dahulu, dan ianya masih lagi menjadi pilihan para pelancong sebagai destinasi percutian. Namun, keadaan terkini Tasik Bukit Merah menimbulkan kerisauan banyak pihak kerana keadaannya yang kini kering kontang akibat perubahan cuaca. Bukan sahaja Bukit Merah tidak dapat beroperasi sepenuhnya, akan tetapi ianya turut menjejaskan penduduk sekeliling. #majalahremaja #remaja #remajamalaysia