Che Ta & Ezuwan Ismail BALUT MUKA Dengan Batuan
KLFA 2021 : Mereka berdua masih menjadi topik perbualan satu Malaysia! Gandingan Ezuwan Ismail & muse di acara KL Fashion Award 2021, Rozita Che Wan bertindak berani untuk MEMBALUT badan & muka mereka dengan kain ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang acara. Manakala, gaunnya menggunakan fabrik jenis twill yang dijahit dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’. Sekaligus itulah sebab utama gaun Che Ta ini berharga RM50,000 dan memakan masa selama sebulan untuk disiapkan kerana serba serbi ‘hand made’ atau jahitan tangan. LOVE IT or HATE IT? 🤍🖤
#majalahremaja #ezuwanismail #rozitachewan