No video available
Pelajar Malaysia Di Universiti Mesir, Berbuka Puasa Ala ‘Ular Sawa’
REMAJA berkesempatan untuk menemubual Aiman Zhafri, seorang penuntut tahun satu di Universiti Al-Azhar di Mesir yang berkongsikan tentang projek berbuka puasa ala ‘ular sawa’ di Mesir dengan lebih kurang 200,000 pengunjung yang hadir. Melalui perkongsiannya ini, Aiman mengatakan yang mereka (pelajar Universiti Al-Azhar) telah dipanggil untuk berbuka puasa bersama-sama dan diberi layanan yang istimewa ketika berada disana. Seronoknya dapat berbuka puasa macam ni ramai-ramai! 😍 Kalau korang merupakan seorang pelajar di perantauan dan mempunyai kisah-kisah menarik yang ingin dikongsikan bersama kami sepanjang Ramadan ini, jangan lupa hantarkan profil korang ke DM Instagram kami di @majalahremaja #majalahremaja #remaja #remajamalaysia