Ads
Home Scoop-Lah: Tengku Ratu Haidar Debut Di Pentas Teater Muzikal

Scoop-Lah: Tengku Ratu Haidar Debut Di Pentas Teater Muzikal

“Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?” Sebagai puteri kepada ‘golden couple’ dunia hiburan tanah air yakni YM Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau Que Haidar serta Linda Jasmine Hashim, gadis yang bakal meniti usia 15 tahun ini pantas memancing perhatian dek penangan pengaruh ibu bapanya itu.

Tengku Ratu Haidar kini bersedia untuk melakar sendiri hala tujunya dalam dunia seni. Berbekalkan semangat dan dedikasi yang tinggi bagi menyempurnakan skil tarian dan lakonannya, Ratu menggarap peluang keemasan untuk melibatkan diri dalam persembahan teater Musical Treasures, the Charity Musical bagi mengejar impian dalam dunia seni atas usahanya sendiri.

#majalahremaja
#remaja #remajamalaysia #TengkuRatuHaidar



Video Berkaitan