Teh Firdaus: Dari UiTM Ke Pereka Busana Perkahwinan Diraja! | Saya #RemajaMalaysia Episod 9
Saya #RemajaMalaysia kembali EP:9 bersama dengan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus. Nama Firdaus, atau lebih dikenali sebagai Teh Firdaus, kini popular di Singapura dan Brunei selepas koleksi busana pengantinnya menarik perhatian ramai.
Dari busana pengantin hingga rekaan custom made, Teh Firdaus telah berjaya mencipta gaya yang memukau untuk selebriti seperti Raysha Rizrose, Mira Filzah, Janna Nick, dan Qalisha Ray. Yang lebih membanggakan, jenama Teh Firdaus juga menjadi pilihan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah untuk mereka busana sempena Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja. Jenama Teh Firdaus terus berkembang, bukan sahaja dalam dunia perkahwinan, tetapi juga dalam koleksi ready-to-wear yang sangat trendy dan elegan.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat lebih dekat dunia fesyen Teh Firdaus dalam video Saya Remaja Malaysia ini! #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia