Jika kita memikirkan semua orang itu sama seperti kita, iaitu tidak akan mengambil hak orang lain khususnya di dalam kapal terbang, ternyata persepsi itu salah!.
Suatu ketika dahulu, pernah timbul isu beg penumpang yang diletakkan dalam perut kapal terbang “diselongkar” dan barang berjenama dicuri oleh pekerja syarikat penerbangan tetapi isu itu telah ditangani dengan cepat kerana ia boleh memberikan tangggapan buruk kepada syarikat penerbangan terbabit.
Tapi bagaimana jika “hand luggage” yang kita bawa naik ke atas kapal terbang dan kita rasakan selamat kerana dibawa oleh tangan kita sendiri tapi akhirnya dirembat oleh orang lain yang berpura-pura itu adalah barangnya?
Ternyata perkongsian video memaparkan seorang lelaki telah “tertangkap” kerana mengambil beg penumpang lain iaitu sebelum kapal terbang berlepas lagi.
Hal ini telah menjadi viral dan mendapat perkongsian lebih dari 34k shares selepas pendedahan dilakukan oleh seorang penumpang yang mengalami masalah ini.
Menurut pemilik fb atas nama Faiz Mokthar, dia berkongsi pengalamannya menaiki kapal terbang MH0751 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.
Selepas meletakkan hand luggagenya ke dalam tempat simpanan barang seperti biasa di barisan kedua (dalam begnya mengandungi laptop selain mata wang asing), dia duduk di tempat seperti tertera di tiketnya. Nasib baiklah seorang rakan kongsinya yang dudud bersebelahan perasan seorang lelaki telah mengambil begnya lalu diletakkan beg berkenaan di barisan ke empat, seolah-olah beg itu miliknya. Rakannya itu pantas menyuruhnya melihat sama ada beg itu adalah miliknya atau bukan. Dan bila dia membuka tempat simpanan barang itu untuk melihat begnya, ternyata begnya sudah hilang dari tempat simpanan asal.
Bila begnya sudah hilang, dia pantas menuju ke tempat lelaki berkenaan dan bertanya tentang hal ini. Memang benar barang miliknya sudah ada dalam poket lelaki berkenaan khususnya mata wang asing (Euro dan USD).
Seperti kata Faiz, apa yang paling dirisaukannya bila travel ke negara orang ialah pasport miliknya selain jika diletakkan dadah oleh golongan suka merembat ini. silap-silap kerana perangai orang lain, kita pula ke penjara. Pandai pulakkan pencuri ini ambil kesempatan bila orang sibuk-sibuk masukkkan beg dalam tempat simpanan beg. Yalah, kadang bukan satu beg kita bawakan, ada masanya beg plastik dan sebagainya. Semuanya kita nak sumbat agar tak menganggu penumpang lain khususnya yang duduk di kerusi hujung dan sebagainya.
Bila hal ini dilaporkan kepada pramugari yang bertugas, penumpang ini tak melawan pun. Mungkin sudah pasrah dirinya tertangkap kali ini. Semua urusan security dan lain-lain urusan dapat diuruskan dengan baik. Tapi disebabkan kejadian itu, kenalah tunggu beberapa jam kerana pencuri ini perlu dibawa turun dari kapal terbang.
Tapi apa yang menakutkan, berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh pramugari, wujudnya sindiket mencuri hand luggage orang lain dan kejadian ini kerap berlaku dalam penerbangan dari China, Hong Kong dan Vietnam. Takutnyakan! Sila hati-hati ya, jangan kalut borak-borak sampaikan barang sendiri dirembat orang pun kita tak perasan.
Lebih teruk lagi kata pramugari, biasanya pencuri ini hanya membeli tiket sehala sahaja, sebagai contoh dari Hong Kong ke Kuala Lumpur. Mungkin modus operandi mereka begitu, iaitu merembat barang berharga penumpang lain, berpura-pura itu beg mereka sendiri dan kemudian “buat modal” dengan duit yang dapat untuk beli tiket lain.
Kalau dulu sebelum Air Asia perkenalkan tiket murah dan slogan Now Everyone Can Fly, kita tentu terfikir, hanya orang kaya sahaja yang boleh naik kapal terbangkan sebab tiket agak mahal, kena berbelanja di negara orang perlukan duit dan sebagainya. Tapi sekarang, lebih ramai yang suka melancong ke luar negara sebab harga tiket murah gile termasuk kos makan minum, hotel yang harganya tidak terlalu mahal khususnya ketika melancong ke negara-negara Asean.
Dalam berkongsi pengalamannya juga, Faiz mengakui kes kecurian ini dapat didepani dan ditangani dengan baik oleh semua krew Malaysia Airlines. Malah siap Ketua Pramugari Ms Mazlinda menawarkan diri membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku. Malah mereka siap membuat pengumuman agar penumpang lain berhati-hati dengan kejadian kerana bimbang ada lagi anggota sindiket yang menaiki penerbangan sama.
Bayangkan, jika seorang rakannya tidak perasan begnya dirembat oleh orang lain? Masa yang sama, bila sibuk-sibuk turun biasanya orang sibuk mengeluarkan beg masing-masing dan cctv tentu tidak dapat merakam kejadian. Sebab itu sila hati-hati ya ketika memasukkan beg iaitu hand luggage kerana bukan seorang orang ada hati yang sama macam kita iaitu tak akan ambil barang atau beg orang lain.
So, sila hati-hati ya. Hand luggage pun belum tentu selamat kerana perangai manusia ini macam-macam. Memang leceh kalau yang hilang itu adalah PASPORT. Kalau duit boleh lagi la dicari, tapi kalau pasport hilang dan sudah tiba di negara orang, memang menangis dibuatnya kerana semua urusan percutian boleh jadi spoil.
Tengok bagaimana reaksinya ketika tertangkap.