Viral Di Socmed Satu Kesalahan, Doktor Ini Kongsi Cara Betul Buat Aduan Tentang Staff Perubatan

Share

Kes menviralkan individu yang bekerja sebagai jururawat atau pegawai kesihatan ini rasanya sudah tidak asing dalam masyarakat kita.

Dengan kuasa teknologi media sosial sekarang, sekejap saja satu dunia boleh tahu tentang apa yang terjadi disekeliling mereka.

Korang mesti dah sedia maklum dengan kisah-kisah ‘kelakuan’ jururawat yang selalu diviralkan. Tidak memihak kepada mana-mana pihak, sebagai orang luar kita sebenarnya tidak perlu menambah ‘rencah’ dalam perkara yang diperkatakan kerana yang pertamanya, kita pun tak tahu cerita sebenar dan tidak berada di tempat kejadian.

Namun begitu, sekiranya memang benar apa yang diviralkan itu, korang sebenarnya boleh membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala permasalahan korang tu.

Seperti apa yang diterangkan oleh Dr. Khairul Hafidz cara viralkan pekerja perubatan di media sosial adalah salah. Buat aduan yang betul dan selebihnya serahkan kepada pihak mereka untuk menyiasat.

Korang boleh buat aduan di moh.spab.gov.my atau boleh juga tulis surat dan letakkan di peti aduan hospital atau klinik tersebut.

Setiap aduan memang akan diambil serius oleh pihak pengurusan dan penambahbaikan itu tidak dicanang kepada orang awam kerana ia dibuat secara internal.

Seorang pengguna Twitter ini juga berkongsi pengalamannya membuat aduan memberitahu aduannya diterima oleh Pengarah hospital kurang dari 24 jam.

Jadi sebenarnya tak timbul isu masyarakat tidak boleh bersuara atau tiada tempat untuk mengadu jika mengalami masalah dalam perkhidmatan sektor perubatan.

Sebelum bertindak melulu, baik korang fikir kesannya kepada orang lain. Silap-silap nanti, diri sendiri terjerat.

Published by
Noor Ain Norman