Baru-baru ini, pengguna Twitter dikejutkan dengan satu video viral yang dikongsi oleh Twitter My Crime Watch menunjukkan seorang pekerja kedai di sebuah mall bergaduh dengan pelanggan.
Dalam video berdurasi 1 minit itu menyaksikan pekerja kedai tersebut hilang sabar dan bertindak cuba menyerang pelanggan tersebut kerana merekod videonya sebelum ditenangkan oleh pekerja lain.
Setakat ini, punca kejadian masih lagi dalam siasatan namun ada menjelaskan bahawa pelanggan tersebut hilang sabar kerana tidak dilayan ketika di kaunter bayaran.
Sementara itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang mempertahan pekerja tersebut. Rata-rata mengatakan tentu pelanggan tersebut telah memprovok pekerja tersebut hingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Malah, ada juga yang melahirkan rasa puas hati melihat pekerja tersebut memberikan tindak-balas yang memuaskan hati mereka yang menonton video tersebut.
Dalam pada itu, pelanggan tersebut yang dikenali sebagai Nurshaidah Hamdan kemudiannya menjelaskan di laman Facebooknya mengenai perkara tersebut.
“Ramai yang add akk dari malam semalam sampai hari ini. Maaf akk sibuk ke sana sini. Ramai sangat yang add sampai beratus akibat video viral. Yang concern terima kasih dan alhamdulillah.
“Yang mengutuk pun tu pun terima kasih sebab kalau benda tak betul ia akan berbalik pada awak ya. Lagi awak maki saya lagi kuat semangat saya. Amin.
“Sia pada yang maki-maki saya menuduh saya mencetuskan pergaduhan. ALLAH, takpelah terpulang nak percaya apa yang awak nak percaya. Saya nak cerita pun kes dah settle dengan pihak Ninso yang minta video dipadam.
“Dorang dah minta maaf bagi pihak budak itu jadi tak perlulah saya jelaskan lagi. Selebihnya saya berserah kepada kuasa ALLAH,” tulisnya.
Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih 200 ribu view di laman Twitter.