Viral Nasi Ayam KFC Cara Jepun, Simple Betul Nak Buat Tapi Sedap!

Share

Sedapnya! Paling best, boleh makan banyak-banyak sebab homemade. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet.hiks

Setiap kali Krismas orang Jepun akan menikmati ayam KFC sebagai hidangan utama. Lebihan ayam yang tak habis dimakan dibuat Nasi Ayam KFC. Cara penyediaan sangat mudah seperti kita masak nasi biasa menggunakan rice cooker.

Nak tahu bagaimana caranya untuk membuat hidangan kegilaan ramai ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini, confirm jadi!

Ramuan (untuk 2 orang makan)

  • 1 cawan beras (dicuci bersih)
  • 2 ketul ayam KFC (original / spicy)
  • 1 sb kicap masin
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sb serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 bay leaf (optional)

Langkah
1. Cuci beras hingga bersih. Masukkan air ikut sukatan biasa masak nasi.

2. Masukkan sesudu kicap, stok ayam, serbuk lada hitam, bawang putih, dan bay leaf. (Tips: Boleh masukkan sekali lobak merah potong dadu / isi jagung / bawang merah / halia / minyak bijan / serbuk oregano)

3. Kacau rata semua bahan campuran tadi. Masukkan ayam, letak di atas. Masak nasi seperti biasa.

4. Bila nasi dah masak, gaul aduk nasi sambil hancurkan isi ayam. Boleh dihidangkan dengan taburan serbuk furikake / daun bawang / coleslaw / mash potatoes. Selamat mencuba.

Selamat mencuba!

Published by
Nana