Trend minuman popular itu nampaknya tidak akan berlalu dengan mudah memandangkan semakin banyak jenama baru minuman Bubble Tea muncul bak cendawan selepas hujan pada tahun ini.
Malah, penulis juga mengenali beberapa rakan yang menjadikan Bubble Tea testing sebagai rutin mingguan mereka demi mencuba perisa baru yang diperkenalkan oleh outlet berbeza. Namun seperti kebanyakan minuman popular yang sedap dan manis, jika diambil secara berlebihan, pasti ia akan memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
Akhir Mei lalu, seorang remaja berusia 14 tahun mendapat pengajaran berguna setelah dia ditahan di wad kecemasan. Bertempat di daerah Zhejiang China, remaja tersebut mengadu sakit perut dan mempunyai kesukaran untuk makan serta membuang air besar.
Setelah melalui skan CT pada bahagian abdomen, doktor di sana dikejutkan dengan imej pearl daripada minuman bubble tea ‘terperangkap’ pada bahagian perut, usus dan dubur pesakit. Ia tidak tercerna dan masih mempunyai bentuk pearl bulat sempurna!
Girl, kau main telan je ke pearl tu..
Menurut laporan akhbar Sin Chew, doktor menyoal remaja itu mengenai kekerapan dia mengambil minuman itu. Dia mengatakan 5 hari yang lepas, namun melihat pada betapa teruknya keadaan ususnya yang tersumbat dengan pearl
, besar kemungkinan remaja itu mengambilnya sekerap setiap hari.Mangsa kemudian diberikan laxative untuk memastikan pearl tersebut mudah disalurkan keluar.
*
Ini bukanlah kali pertama para doktor menasihati agar remaja mengelak daripada mengambil minuman Bubble Tea dengan terlalu kerap.
Ini kerana pearl yang selalunya merupakan bahan wajib dalam minuman jenis ini diperbuat daripada kanji Tapioca yang sukar dicerna. Ada juga vendor tak bertanggungjawab yang memasukkan ejen penaik untuk menjadikan pearl minuman lebih chewy.
Di samping itu, minuman Bubble Tea juga dialporkan mempunyai 90g gula, 7g lemak dan 490 kalori bagi setiap 28g minuman. Lagipun, pemilik vendor juga gemar untuk meningkatkan varian pemanisnya untuk memberi lebih ‘kick’ kepada pembeli. Cuba bayangkan korang mengambilnya pada setiap hari, tak ke boleh diebetik pada usia muda?
Bola pearl juga tak mengandungi nutrien selain karbohidrat dan tak berserat. Jadi ia hanya sedap untuk diambil tetapi tak berkhasiat.
Hhm, sebelum korang diebetik DAN pearl tersekat dalam usus masing-masing, lebih baik korang kurangkan sikit pengambilan minuman Bubble Tea.