Heboh baru-baru ni tentang produk kosmetik yang ditarik balik notifikasi dan dilarang dijual dalam pasaran kerana mengandungi racun.

Rasanya dah selalu sangat kita dengar tentang produk kosmetik beracun ni tapi masih dalam kesamaran tentang kesahihannya.

Namun, Medical Mythbusters Malaysia telah pun membongkar senarai tujuh produk yang telah terlibat antaranya adalah seperti:

1. Nuriz Kosmetik – D’solve Plus (hydroquinone dan tretinoin)

2. Nuriz Shoppe – Beau One Whitening Cream 3 in 1 (hydroquinone)

3. Cantiqa Face Toner (hydroquinone)

4. Rzac Platinum Toner (hydroquinone)

Ads

5. Magic Cream (merkuri)

6. Dnars Sunny Cream (merkuri)

7. Night Cream Dollys Pinky (merkuri)

Viral Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Ini Kesan-Kesan Sampingan Yang Perlu Anda Tahu

Ads

Produk -produk ini dilaporkan mengandungi tretinoin, hydroquinone dan juga merkuri. Kalau nak tahu sama ada produk kosmetik yang dipakai mengandungi bahan-bahan terlarang atau tidak, lihat saja keberkesanan mencerahkan kulit yang dijanjikan dalam masa yang sangat singkat.

Logik atau tidak?

Kesan sampingan

Masih ramai yang tidak sedar tentang betapa bahayanya ketiga-tiga bahan ini kepada kulit wajah. Sedikit pencerahan telah pun dilakukan oleh saudara Fahmi Hassan tentang kesan sampingan tretinoin, hydroquinone dan merkuri dalam produk kosmetik.

Viral Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Ini Kesan-Kesan Sampingan Yang Perlu Anda Tahu
Gambar hiasan

Tretinoin

Ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih. Kulit boleh menggelupas dan menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Bagi sesetengah orang pula, kulit boleh menjadi teruk seperti kesan melecur.

Ads

Hydroquinone

Ia akan menyebabkan kulit menjadi merah. Warna kulit juga akan berubah dan kulit menjadi terlalu sensitif. Kadar perlindungan kulit kepada sinar UV matahari akan berkurangan. Ini boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Merkuri

Ia boleh diserap ke dalam badan melalui kulit dan menyebabkan kerosakan bada buah pinggang dan sistem saraf. Jika anda mengandung, kesannya juga turut terkena pada bayi dalam kandungan dan mengganggu perkembangan otak mereka.

Viral Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Ini Kesan-Kesan Sampingan Yang Perlu Anda Tahu
Gambar hiasan

Jadi, bayangkan jika produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini disapu pada kulit wajah. Selepas itu, tangan yang memegang krim tersebut dimasukkan dalam mulut dan bahan-bahan tersebut diserap dalam tubuh anda.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Jangan hanya nak cepat nampak cantik, anda sanggup untuk menanggung risiko-risiko ini.

Sedarlah sebelum terlambat.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI