Viral Sampah Bersepah Tepi Jalan Selepas Sahur Di Kelantan, Mentaliti Kita Masih Di Kelas Ketiga

Share

 

Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, imej berikut yang tular semalam di kalangan netizen memang menyedihkan ramai pihak.

 

Bertempat di Csr Merapoh – Gua Musang, situasi orang ramai yang sedang pulang beraya ke Kelantan menjadikan laluan tepi jalan raya sebagai lokasi terbaik untuk bersahur sebelum meneruskan perjalanan.

Namun yang tak best-nya, sebaik kereta-kereta beransur gerak, nampaknya sampah yang dibawa mereka dibiarkan saja di tepi jalan oleh para pengguna.

Heh, macam susah sangat ke nak kutip sampah dalam plastik dan simpan sehingga tiba di destinasi masing-masing?

Nampaknya para netizen juga tak dapat nak brain mengenai cara masyarakat kita yang masih suka mengambil jalan mudah.

 

 

Sebenarnya, isu ini bukanlah isu baru. Sekitar bulan Mac tahun ini, rakan media di Utusan Malaysia pernah melaporkan situasi tepi jalan yang dipenuhi taburan sampah-sarap di Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir.

Dipercayai ia angkara perbuatan segelintir penduduk yang membuang sejak setahun lalu. Menariknya, ada di kalangan penduduk yang mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan tong sampah dengan cukup.

Haih, kalau tak cukup tong sampah terus kena buang merata-rata ke sis?

Alasan seperti ini menyakinkan REMAJA bahawa mentaliti masyarakat kita masih berada di kelas ketiga. Tak kiralah jika kita merupakan penduduk Kelantan ataupun orang luar yang pulang beraya ke Kelantan, bukankah kita sudah diajar dengan pengetahuan sivik untuk menjaga kebersihan?

Janganlah hanya pembangunan di sana semakin berkembang tapi perangai masih di takuk lama, sudahlah.

Published by
FZ