Sebelum ini seorang kanak-kanak di Kemboja telah viral dan mendapat perhatian dunia apabila dia berkebolehan bertutur lebih daripada 10 bahasa.
Video kanak-kanak tersebut telah pun diambil oleh seorang pelancong ketika dia sedang dipujuk oleh kanak-kanak tersebut untuk membeli barangan cenderamata berdekatan dengan kuil Phonm Penh.
Dikenali sebagai Thuch Salik, kanak-kanak lelaki ini telah menunjukkan bakatnya untuk bertutur dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar, Salik menjelaskan dia hanya mempelajarinya daripada pelancong yang berkunjung ke situ.
Ads
Pergh, memang hebat adik ni. Kita nak belajar bahasa kedua pun punyalah susah, apa lagi dia dapat menguasai lebih daripada 10 bahasa. Dah memang rezeki dia agaknya. Tambahan pula, kerja yang dibuatnya itu juga sedikit sebanyak beri kelebihan buat Salik.
Apa yang lebih menarik, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian daripada seorang ahli perniagaan, Khit Chhern yang ingin merealisasikan impian anak muda tersebut untuk menyambung pelajarannya ke China. Dia memilih melanjutkan pelajaran ke sana kerana minatnya yang mendapat terhadap budaya dan bahasa Cina.
Ads
Salik dan keluarganya berlepas ke Zhejiang, China, di mana dia akan bersekolah di Hailang Foreign Language School. Semasa di lapangan terbang, kelihatan Salik melutut kepada ahli perniagaan tersebut sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya keluar daripada kemiskinan.
Ads
Sayu pula hati bila melihat situasi ini. Hmm!
Kita patut bersyukur kerana berpeluang untuk belajar, maka janganlah pernah mensia-siakannya. Ada individu yang ingin ke sekolah tetapi tidak berkemampuan. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh untuk membalas semula jasa ibu dan bapa korang.
Percanggahan pendapat sama ada Malaysia sudah bersedia untuk berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin, esok masih berleluasa.
Setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran yang bakal diberikan pada Jumaat lalu untuk membenarkan sektor perniagaan berjalan semula seperti biasa, rakyat segera ‘terbelah’ kepada dua kumpulan.
Satu tentunya kumpulan yang menyambut baik kelonggaran itu demi menjana ekonomi. Satu lagi adalah kumpulan yang risau sekiranya kelonggaran ini diberikan sebelum tiba masa yang sesuai.
Lantas, satu petisyen telah dimulakan di laman web Change.org untuk merayu agar PKP diteruskan untuk beberapa minggu lagi sehingga situasi wabak Covid-19 di Malaysia benar-benar diklasifikasikan sebagai bebas.
Petisyen yang dimulakan oleh Rakyat Malaysia Prihatin kepada Kerajaan Malaysia ini menyenaraikan beberapa sebab di sebalik kerisauan yang mereka alami apabila kerajaan bakal membenarkan kelonggaran untuk rakyat mulai keluar esok.
Ini kerana mereka telah melihat contoh bagaimana negara lain yang terpaksa mengetatkan semula tempoh kuarantin mereka selepas kelonggaran diberi. Lalu mereka enggan melihat jika kesilapan yang sama berulang di Malaysia walaupun kadar peningkatan kes Covid-19 telah berjaya distabilkan.
Mereka juga enggan barisan hadapan di Malaysia kembali dalam zon keletihan SEKIRANYA benar rakyat Malaysia tidak mampu untuk memenuhi tuntutan bersyarat yang digariskan oleh kerajaan.
Ini secara tidak langsung boleh menjejaskan soal kesihatan dan kebajikan pekerja walaupun faktor ekonomi negara dipentingkan.
*
Apa pendapat korang?
Adakah rakyat Malaysia boleh mendisplinkan diri dengan syarat jarak sosial?
Terbaru perkongsian pempengaruh terkenal, Khairul Aming berkenaan gaya hidupnya yang sederhana menjadi perhatian ramai. Berkongsi menerusi laman sosial TikTok, personaliti media sosial yang kini berusia 32 tahun itu berpesan tidak perlu berhutang demi kemewahan dan perlu membuat keputusan bijak dalam berbelanja.
Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki dua buah kilang, Khairul Aming menafikan memiliki hidup mewah ketika bekerja sebagai jurutera industri minyak dan gas sebelum ini.
Menurut Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, walaupun gaji permulaan industri berkenaan besar, beliau memilih bersederhana kerana tanggungjawab kepada keluarga.
“Orang kata kerja oil and gas mesti stabil. Oil and gas memang ada gaji permulaan yang orang kata ‘sihat’, tapi dia ‘sihat’ kena tengok tanggungan juga.
“Kalau kau menanggung seluruh keluarga tidak cukup juga,” katanya.
Khairul Aming malah mengimbas kembali kehidupan awalnya yang membesar dalam keluarga sederhana.
Bapanya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan manakala ibunya hanya menjual kuih-muih.
Kredit: Khairul Aming
“Dari kecil sampailah besar, saya jual kuih. Situasinya, saya duduk Kuala Lumpur. Kena tanggung kos rumah sewa, kereta untuk keluarga. Saya juga menanggung ibu bapa. Jadi simpanan pun sedikit, dalam RM100 atau RM200 sebulan,” ujarnya.
Ramai yang mempersoal tindakannya tidak bermewah biarpun sudah mencapai status jutawan namun Khairul Aming mempunyai alasannya tersendiri.
“Orang kata kenapa tidak bermewah-mewah? Bila dalam keadaan yang mana duit itu cukup tetapi kamu berharap ada lebih. Apabila diberikan rezeki lebih, kamu tidak mahu lagi berada dalam keadaan itu.”
“Contohnya, kamu rasa hidup kalau ada gaji RM10,000 sebulan, semua masalah hidup akan hilang. Bila sudah capai RM10,000 sebulan, kau belanja RM9,500, tinggal RM500.”
“Memang tak cukup. Kamu rasa terbeban dan rasa kalau ada RM100,000 sebulan, hidup akan tenang. Tetapi apabila sudah dapat RM100,000 sebulan, beli pula kereta mewah dengan bayaran RM95,000 ribu sebulan dan yang tinggal hanya RM5,000. Kamu mula rasa tidak cukup lagi. Sampai ke sudah tidak akan habis,” katanya.
Kredit: Khairul Aming
Justeru, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat itu mengambil pendekatan lain. Walaupun jumlah pendapatan bertambah beliau tidak menaikkan perbelanjaan. Pesannya tidak perlu berhutang demi kemewahan agar kehidupan lebih tenang pada kemudian hari.
“Apa yang saya buat, saya naikkan pendapatan tapi kekalkan perbelanjaan sampailah ada satu jurang yang besar antara pendapatan dan perbelanjaan.”
“Ketika itu, barulah saya tingkatkan gaya hidup saya dengan mengambil sebahagian daripada pendapatan. Nak beli apa-apa, beli terus. Boleh bayar secara tunai. Tidak perlu hutang sangat, kamu boleh tidur dengan tenang,” tambahnya lagi.
“Itulah sebab kenapa tak upgrade sangat hidup. Ia adalah pendapat peribadi saya,” kongsinya.
Pada 2022, pempengaruh yang terkenal dengan tagline ‘What’s up guys’ itu mendedahkan belum memiliki rumah dan tidak membuat pinjaman peribadi manakala keretanya ialah Perodua Bezza biarpun mampu untuk memiliki lebih daripada itu. Katanya, beliau banyak melaburkan wang dalam perniagaan sambal dengan membeli aset yang diperlukan seperti mesin.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beauty with brain! Terbaru Neelofa sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco. Dalam kategori ini bukan calang-calang ya pesaing Neelofa. Caya la!
Neelofa ada berkongsi sekeping gambar di laman instagramnya awal pagi tadi dengan caption:
“RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco.
“This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019,” tulis Neelofa di akaun Instagramnya.
Anugerah berprestij ini merupakan kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan oleh Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Antara selebriti dan personalti yang sempat mengucapkan tahniah buat Neelofa
Untuk info, anugerah ini dicipta secara eksklusif buat individu-individu berpengaruh di laman sosial seluruh dunia itu buat pertama kalinya dianjurkan tahun lalu. Acara ini adalah idea asal oleh anak sulung Puteri Monaco (Puteri Stephanie), Pauline Ducruet yang juga merupakan juri Anugerah ini. Antara juri-juri lain termasuk Pengarah Editorial Majalah PAPER – Mickey Boardman, Pop Culture Expert – Jeetendr Sedev dan Eksekutif Cif British Fashion Council – Caroline Rush.
Tahniah Remaja ucapkan buat Dewi Remaja 2009/2010 kesayangan kami ini. Moga Neelofa terus maju dan mengharumkan nama Malaysia ke peringakat antarabangsa.
Sumber : Instagram Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...