Sebelum ini seorang kanak-kanak di Kemboja telah viral dan mendapat perhatian dunia apabila dia berkebolehan bertutur lebih daripada 10 bahasa.
Video kanak-kanak tersebut telah pun diambil oleh seorang pelancong ketika dia sedang dipujuk oleh kanak-kanak tersebut untuk membeli barangan cenderamata berdekatan dengan kuil Phonm Penh.
Dikenali sebagai Thuch Salik, kanak-kanak lelaki ini telah menunjukkan bakatnya untuk bertutur dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar, Salik menjelaskan dia hanya mempelajarinya daripada pelancong yang berkunjung ke situ.
Pergh, memang hebat adik ni. Kita nak belajar bahasa kedua pun punyalah susah, apa lagi dia dapat menguasai lebih daripada 10 bahasa. Dah memang rezeki dia agaknya. Tambahan pula, kerja yang dibuatnya itu juga sedikit sebanyak beri kelebihan buat Salik.
Apa yang lebih menarik, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian daripada seorang ahli perniagaan, Khit Chhern yang ingin merealisasikan impian anak muda tersebut untuk menyambung pelajarannya ke China. Dia memilih melanjutkan pelajaran ke sana kerana minatnya yang mendapat terhadap budaya dan bahasa Cina.
Salik dan keluarganya berlepas ke Zhejiang, China, di mana dia akan bersekolah di Hailang Foreign Language School. Semasa di lapangan terbang, kelihatan Salik melutut kepada ahli perniagaan tersebut sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya keluar daripada kemiskinan.
Sayu pula hati bila melihat situasi ini. Hmm!
Kita patut bersyukur kerana berpeluang untuk belajar, maka janganlah pernah mensia-siakannya. Ada individu yang ingin ke sekolah tetapi tidak berkemampuan. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh untuk membalas semula jasa ibu dan bapa korang.
Sumber: World of Buzz