
Isi Kandungan
Toggle“Sep sep sep tom tom tom, malam yang sepi pi pi , pak mat jual topi pi pi , topinya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak yak…” Siapa masih ingat lagi lagu ni?
Waktu kecil dulu, lagu permainan ini antara yang selalu dinyanyikan ketika waktu rehat disekolah. Kalau korang budak-budak zaman 90-an, mesti familiar dengan permainan sep sep sep tom tom kan?
Apa yang paling membanggakan bila lagu tersebut dijadikan persembahan oleh Kelab Tunas Seni Cemerlang baru-baru ini.
Video yang sudah tular di media sosial ini dikongsikan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ramai diantara mereka yang memuji koreografi serta bakat anak-anak muda tersebut.
Teringat zaman sekolah
Tenaga pengajar dipuji
Jom kita saksikan video penuh tarian mereka..
Semoga lebih ramai lagi anak muda yang tidak malu untuk memartabatkan budaya masyarakat kita sendiri.
Nak Tahu Lokasi Rumah Korang Zon Mana? Ini Sempadan 9 Daerah Selangor Perlu Tahu

Mulai 12.01 tengah malam ini, akan berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan tiga buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sebagaimana dimaklumkan, bagi mana-mana individu yang ingin merentas daerah perlu mendapatkan surat dari balai polis atau mendapatkan surat pengesahan kerja dari majikan bagi membolehkan korang merentas daerah atau negeri tanpa disiasat.
Tapi ada ketika, kita terkeliru lokasi rumah tempat tinggal kita sekarang termasuk dalam zon atau daerah mana. Betulkan.
Ya lah kita pun tak nak, tengah syok-syok memandu kena lalu pemeriksaan polis dan akhirnya mendapati kita sudah memasuki sempadan daerah lain. Lebih parah kita tak ada apa-apa surat sebagai bukti ketika itu.
Untuk pengetahuan korang, negeri Selangor ini terdiri dari sembilan daerah.

Ia terdiri daripada Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat, Hulu Selangor, Petaling, Gombak dan Sepang.
Bagi Klang, kawasan yang termasuk dalam daerah ini terdiri dari Klang dan Kapar.
Bagi Kuala Langat terdiri dari Jugra, Teluk Panglima Garang, Bandar, Tanjung 12, Kelanang, Morib dan Batu.
Kuala Selangor terdiri dari Tanjong Karang, Ulu Tinggi, Hujung Permatang, Kuala Selangor, Api-api, Jeram, Ijok, Pasangan dan Bestari Jaya.
Sabak Bernam ialah Bagan Nakhoda Omar, Sabak, Sungai Panjang, Panchang Bedana dan Pasir Panjang.
Bagi Hulu Langat, zon yang termasuk dalam daerah ini ialah Rawang, Setapak, Batu dan Hulu Klang
.
Bagi Hulu Selangor terdiri dari Hulu Bernam, Kalumpang, Kuala Kalumpang, Sungai Kerling, Gumut, Peretak, Ampang Pechah, Rasa, Batang Kali, Hulu Yam dan Serendah.
Sementara daerah Petaling terdiri dari Bukit Raja, Sungai Buloh, Damansara dan Petaling.
Bagi Gombak kawasan masuk dalam zon ini ialah Ampang, Hulu Langat, Cheras, Kajang, Hulu Semenyih, Semenyih dan Beranang.
Akhir sekali zon Sepang terdiri dari Dengkil, Labu dan Sepang.
Jadi inilah had-had zonk orang boleh lalu ya tanpa memerlukan surat rentas sempadan mengikut lokasi rumah korang duduk sekarang. Tapi kalau nak rentas sempadan, buatlah surat seperti diarahkan.
Tidak Ambil Sarapan, Kurang Tidur Punca Remaja 12 Tahun Rebah Lepas Vaksinasi

Tular satu kejadian semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang Melaka apabila seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dilaporkan rebah setelah menerima suntikan vaksin.
Maka timbullah pelbagai spekulasi setelah satu klip video berdurasi 36 saat tersebar meluas di media sosial.
Namun selepas siasatan segera yang dilakukan oleh pihak Kesihatan (Kesihatan Awam) Melaka, mereka mendapati bahawa remaja tersebut rebah disebabkan tidak mengambil sarapan sebelum temujanji vaksinasi di samping kurang tidur dan dilanda rasa gementar untuk mengambil suntikan.
Dia dilaporkan tidur lewat pada jam 2 pagi pada malam sebelumnya dan hanya sempat makan sesudu nasi lemak pada pagi semalam.
Biarpun tidak menunjukkan kesan sampingan dalam masa terdekat selepas vaksinasi, remaja itu secara tiba-tiba menjadi lemah dan rebah ketika dalam perjalan menuju tempat parkir kenderaan hingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) orang awam untuk masuk semula ke PPV tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas hampir 30 minit di sana, dia kembali stabil dan dibenarkan pulang. Pemeriksaan lanjut selepas dia pulang juga mendapati remaja tersebut sudah sihat dan aktif dengan rutin harian seperti biasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu berkata mereka akan segera menyiasat kejadian tersebut bagi rujukan akan datang akibat daripada ketidaksediaan sebelum menerima vaksinasi dalam kalangan remaja bawah 18 tahun.
Sumber: BERNAMA
Atlet Tukul Besi Negara Ikut Jejak Bapa Saudara, Ingin Buat Terbaik Di Sukan Komanwel 2022

Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei mengintai peluang untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri pada penampilan sulung di temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
ARTIKEL BERKAITAN : “Terima Kasih LCW.” Pemain Badminton Menangi Emas Komanwel Terakhirnya
Mengikut jejak pakciknya, pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31 di Hanoi yang mendapat jolokan ‘Amazing Grace’ ini juga merupakan anak sepupu kepada atlet Wong Tee Kui. Atlet lagenda yang pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 1991,1993,1995,1999 dan 2001.
Malah, Grace mengakui perlu memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi semasa latihan sebelum mengidam memperbaharui rekod kebangsaan 62.48 meter (m) yang dicipta pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia, April tahun lalu.
Malah, atlet kelahiran Sarikie, Sarawak itu, percaya venue temasya Sukan Komanwel itu dapat memberi inspirasi untuk dirinya melakarkan catatan peribadi terbaiknya yang juga merupakan rekod kebangsaan miliknya.
Grace Wong menyifatkan faktor penampilan sulung di Sukan Komanwel bukan penghalang untuk memperagakan prestasi terbaik, malah memasang impian untuk berada dalam kelompok lapan atlet terbaik dalam acara baling tukul besi wanita.
“Bagi saya peluang memperbaharui catatan peribadi terbaik memang ada sebab semasa latihan sekarang, saya boleh membuat balingan sejauh 64m…cuma perlu lebih bersedia dari segi kekuatan mental,” katanya ketika ditemui baru-baru ini sempena kempen Saya Remaja Malaysia anjuran Majalah Remaja.
Mengenai persiapannya setakat ini, pemenang pingat emas gangsa Sukan SEA itu mengakui, masih ada ruang untuk diperbaiki terutama dari segi teknikal menjelang temasya empat tahun sekali itu. Bagaimanapun, Grace yakin telah berlatih tanpa jemu dalam usaha membanggakan negara dimata dunia.
Untuk info, kontinjen negara akan diwakili 162 individu membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 petugas. Sukan Komanwel 2022 akan bermula esok hingga 8 Ogos, dengan kira-kira 6,500 atlet dari 72 negara dan wilayah dijangka mengambil bahagian pada edisi kali ini.
Apa-apa pun, selamat maju jaya diucapkan buat atlet berusia 22 tahun ini. Good luck Grace!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.