Virus COVID-19 Hanya ‘Global Scam’ Disebabkan Keracunan? KKM Minta Henti Sebar Berita Palsu

Share

Penularan berita palsu bukan satu benda yang baharu, namun kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19 ini.

Sumber Gambar : Apa.org

Covid19 Hanya Global Scam?

Paling bahaya jika individu dan masyarakat terus mempercayai info palsu tersebut.  Terbaru, tular ‘berita’ baru-baru ini kononnya Covid-19 hanyalah ‘global scam’ di mana dikatakan tidak wujud sebagai virus dan mangsa yang meninggal dunia disebabkan Amplified Global 5G Electromagnetic Radiaton atau keracunan.

Penemuan itu kononnya didakwa susulan daripada penemuan doktor di Itali yang telah melakukan bedah siasat ke atas pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan Covid-19 bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat dalam satu postingnya di laman sosial.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Itali sekaligus menjadi negara pertama yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu tidak boleh melakukan bedah siasat ke atas pesakit bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 tersebar.

Berita Palsu

Jelas KKM, hasil siasatan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), telah mengesahkan bahawa maklumat yang tersebar di aplikasi Whatsapp itu adalah palsu.

Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul. Hah, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.

Sumber: KKM Malaysia

Published by
Nana