Jika korang masih ingat, penularan wabak virus korona berbahaya tersebar bermulanya di Wuhan,China. Malah, sehinggi kini pandemik pembawa maut ini masih ‘berada’ disekeliling kita tanpa kita sedari.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Tahun Berlalu, Ini Kronologi Tentang Kes Jangkitan Pertama COVID-19 Di Dunia
Terbaru, China sekali lagi menjadi penyebar virus baharu. Kerajaan China giat melaungkan amaran terhadap kemunculan virus baharu yang dikenali sebagai Langya yang menjangkiti warga republik berkenaan.
Dilabelkan sebagai virus yang mencetuskan kembimbangan, virus Langya atau dikenali sebagai LayV ini telah menjangkiti 35 orang individu di daerah Henan dan Shandong di Timur China.
Menurut laporan Sinar Harian, Langya ini tergolong dalam kategori virus zoonotik yang bermaksud jangkitan virus berlaku daripada haiwan kepada manusia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus ini adalah baharu dan tidak pernah merebak kepada manusia sebelum ini.
Secara rasminya, ia digelar sebagai Langyar henipavirus dan merupakan sebahagian daripada keluarga Henipavirus yang terdiri daripada kategori yang sama dengan virus Hendra dan Nipah yang difahamkan tidak mempunyai penawar mahupun vaksin.
Pun begitu, seramai 35 orang yang telah dijangkiti tidak menunjukkan simptom serius mahupun mengakibatkan kematian setakat ini.
Laporan Tapei Times, mengatakan virus Langya ini mampu menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati selain pesakit akan mengalami gejala seperti demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah.
Kesemua yang dijangkiti disahkan mempunyai sejarah kontak dengan haiwan dan kajian para saintis mendapati bahawa pembawa virus Langya yang paling jelas adalah cencurut.
Marilah kita terus berdoa agar virus-virus pembawa maut ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Lima Wabak Virus Pembawa Maut Yang Pernah Menyerang Rakyat Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.