Wabak dan virus bahaya yang pernah menyerang bumi bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia, impaknya juga mempengaruhi sistem ekonomi, sekali gus memberi tekanan pada kehidupan seharian.
ARTIKEL BERKAITAN : Lima Wabak Virus Pembawa Maut Yang Pernah Menyerang Rakyat Malaysia
Mengemparkan penduduk bumi, apabila United Kingdom dilapor menemui virus polio dalam kumbahan di London, pertama kali dalam tempoh 40 tahun baru-baru ini.
Namun setakat ini, tiada kes virus polio dilaporkan secara langsung di negara berkenaan. Sebaliknya, para saintis menemui wabak itu secara tidak langsung. Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom, mereka telah menemui pelbagai versi virus berkenaan di dalam air kumbahan.
Walaubagaimana pun, risiko virus berkenaan kepada orang awam dinilaikan berada pada tahap sangat rendah. Ini kerana sebahagian besar warga Britain telah pun menerima vaksinasi terhadap virus polio semasa kanak-kanak dan ia berupaya memberikan pelindungan serta-merta terhadap penyakit berkenaan.
Agensi itu juga menggalakkan kepada sesiapa yang belum mendapatkan imunisasi sepenuhnya terhadap virus polio agar membuat temujanji pengambilan suntikan tersebut dengan kadar segera.
Antara Februari dan Mei, saintis menemui beberapa sampel yang mengandungi versi virus di mana berkait rapat dalam air buangan di London Beckton Sewage Treatment Works (Loji rawatan air terbesar di United Kingdom)
Urutan genetik virus menunjukkan terdapat beberapa penyebaran antara individu yang berkait rapat di Utara dan Timur London.
Apa itu polio?
Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu polio. Menurut myhealth.gov.my, polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus ini lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Jangan tak tahu, virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.
Agen penyebab: Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enterviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1998.
Cara jangkitan: Berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.
Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.
Tempoh pengeraman: 7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.
Walapun kes ini dikesan di UK, namun jangan ambil mudah tentang penyakit ini, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mempunyai anak. Pastikan anak-anak menerima polio (IPV) yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan.
Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan. (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sumber : npr, myhealth.gov.my,
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE&feature=youtu.be