Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan privasi, tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Vivy mengakui banyak penambahbaikan dalam hidupnya selepas mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
BACA LAGI
: Vivy Yusof Tampil Perjelas Isu Dituduh Ambil Kesempatan Jual Koleksi Bertemakan Bendera PalestinSelain itu, usahawan berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dilaporkan terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Namun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
BACA LAGI: #GirlPower: Beauty With Brains, Vivy Yusof Antara Figura Wanita Yang Berjaya Dalam Arena Perniagaan
Berikutan itu, Vivy difahamkan kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tertutup dan tidak lagi berkongsi kisah peribadi secara terperinci.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Vivy Yusof