Vlogger Israel Ini Peroleh Pasport Khas Untuk Masuki Malaysia & ‘Negara Larangan’ Lain

Share

 

Bagi peminat akaun media sosial yang menumpukan kepada inti pati berkaitan pelancongan dan pengembaraan di sesebuah negara baharu, pastinya korang mengenali pemilik nama Nas Daily.

Vlogger berbakat dan menghiburkan ini selalu berkongsi video kembara menarik di mana-mana lokasi baru yang dikunjunginya dalam durasi hanya satu minit. Ia padat, penuh dengan info dan kadangkala addictive bagi peminat content

sebegini.

Biarpun telah ke merata tempat, satu cabaran yang dihadapi oleh Nas adalah pas kemasukan ke negara berstatus majoriti Islam.

Ini kerana Nas merupakan rakyat warganegara Israel dan merupakan pemegang pasport Israel.

Justeru mengikut perundangan seperti di negara kita sendiri, Nas tidak dibenarkan memasuki Malaysia dan negara lain seperti Libya, Oman serta 17 negara lain yang menyekat kemasukan individu daripada Israel. Begitu juga dengan kita yang tidak dibenarkan memasuki Israel.

Namun baru-baru ini, Nas menerusi akaun  TikTok-nya telah berkata bahawa dia telahpun berjaya mendapatkan kerakyatan rantau Caribbean iaitu daripada negara St Kitt’s & Neves! Oleh itu, Nas kini secara sahnya boleh berkunjung ke Malaysia.

@nasdailyReply to @zacharykrishnan Guess how much this Passport cost me ? I’ll reply to the right guess !

♬ original sound – Nas Daily

Menerusi video tersebut, dia telah meminta followers dan para penonton untuk meneka berapa lama masa yang diambil dan wang yang ‘dilaburkannya’ untuk mendapatkan pasport Caribbean itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Impian Melancong Ke Korea Lebur, Selepas 7 Jam Disoal Siasat Lelaki Ini Dihantar Pulang Ke Malaysia – REMAJA

Rata-rata warganet memberikan reaksi bercampur-baru berhubung pembelian pasport ini. Ya, kita semua gembira bagi pihak Nas dan akhirnya, dia dapat melihat kecantikan dan keunikan Malaysia.

Bagaimanapun, penulis turut terfikir sekiranya cara mendapatkan pasport tersebut digunakan oleh pihak tak bertanggungjawab untuk melakukan kejahatan terhadap negara kita. Bahaya bukan?

Published by
FZ