Woah, dalam masa 3 minit sempat buat mekap apa je??
Sebagai seorang remaja perempuan, mestilah kita selalu complain tak ada masa.
Nak makan breakfast? “Tak ada masa, nak kena rush jam teruk.”
Nak pergi tengok movie? “Tak ada masa, weekend pun kena buat assignment.”
Biasalah, bila kita mula dibebani dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan, satu-persatu rutin harian kita seperti makan dan release tension mula ditinggalkan.
Tapi, bagaimana pula dengan rutin bersiap & bermekap sebelum keluar dari rumah?
Ads
Penulis selalu terdengar komen – “Weh, muka tak siap” – bagi mereka yang keluar dari rumah tanpa betul-betul melihat cermin. Bagi mereka memang masa singkat pada waktu pagi menjadi kekangan. Tapi percaya tak, kalau korang tau teknik yang betul, 3 minit je pun sempat untuk korang persiapkan muka.
Lagi-lagi kalau korang mempunyai alat mekap user-friendly, seperti dari koleksi Obsess Cosmetics ni. Ia mempunyai pigmentation yang bagus, mudah dipakai pada kulit (love your concealer!) dan sedikit je pun dah cukup untuk menutupi ela serta menaikkan seri.
Ads
Arena ImanAween Ismail
Jom tengok bagaimana 12 orang finalis Dewi Remaja 2018/2019 melakukan mekap dalam masa 3 minit je.
Ads
TIGA MINIT – 3, 2, 1 – GO!
VOTE DEWI YANG KORANG RASAKAN LAYAK UNTUK MEMENANGI HADIAH DARIPADA KAMI ~
Tarikh tutup undian adalah pada 27 November (Selasa) jam 12 tengah malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang korang cari ketika membeli pelan data internet yang ditawarkan oleh banyak syarikat telekomunikasi yang ada di negara ini?
Kebanyakan dari kita pastinya mahu pakej bulanan murah, liputan sudah semestinya luas, panggilan tanpa had ke semua rangkaian telefon, tak ada hidden-hidden charge, laju capaian internet 4G LTE selain mudah untuk berhubung dengan syarikat pembekal kalau timbul sebarang masalah. Betul tak?
Bagi korang yang nak semua atas tu, redONE yang kini sudah mencapai 1 juta pengguna Postpaid adalah pilihan tepat untuk melayan semua kehendak korang di atas.
Menurut Pengasas Bersama redONE, Mr. Ben Teh yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman luas dalam bidang jualan dan telekomunikasi, pelan data yang diberikan oleh syarikat redONE adalah mencapai kehendak masyarakat Malaysia masa ini.
Berbaloi korang sebab dengan RM48 dah dapat 20 GB di mana 15 GB liputan 4G LTE dan 5 GB lagi internet asas. Tapi kalau korang tambah lagi RM10, boleh buat panggilan percuma ke semua rangkaian telefon. Memang ohsem sangat-sangatMr Ben bersama finalis Dewi Remaja 2018/2019 yang merupakan penaja rasmi telekomunikasi bagi program ini
“Sekarang kita tawarkan harga semurah RM48 sebulan bagi 15GB berkelajuan 4G LTE dan 5GB internet asas.
“Tapi kalau tambah RM10 sebulan saja untuk redCALL, kita akan dapat panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian telefon di negara ini. Atau bagi yang suka menonton video, kita tawarkan RM10 setiap pembelian bagi kuota 10GB dengan internet berkelajuan tinggi untuk melayari 11 saluran video pada bila-bila masa saja!
“Bagi harga RM28 sebulan pula kita beri 5GB berkelajuan 4G LTE plus 5GB internet asas. Bagi mereka yang suka berborak guna telefon, bolehlah tambah redCALL pada harga RM10 sebulan untuk menikmati panggilan percuma tanpa had ke semua rangakaian,” katanya. Beliau juga memaklumkan pengguna redONE tidak perlu risau soal internet lembap, atau tak dapat buat panggilan ke kawasan terpencil kerana rangkaian redONE boleh diakses begitu mudah ke seluruh negara.
Mr Ben berkongsi kisah kejayaan redOne dan dalam masa tiga tahun, pengguna bagi telco ini sudah mencapai lebih 1 juta pengguna. Malah red One juga ada penerima award tiga kali berturut-turut MNVO Service Provider of the Year dari Frost & Sullivan selama tiga tahun (2014, 2015 & 2016).
Bercerita lebih lanjut tentang redONE, Mr. Ben Teh menjelas, syarikat ditubuhkan pada 2012 dan menjadi syarikat telekomunikasi pertama dikenali sebagai Syarikat Pengendali Maya Mudah Alih pertama (MVNO) untuk menyediakan perkhidmatan Postpaid dengan menggunakan infrastruktur rangkaian 5 bintang Celcom Axiata yang cepat dan boleh dipercayai.
“Kita kena faham apa kehendak pengguna. Mereka mahukan rangkaian luas, mudah untuk diakses, tak menyusahkan dan banyak lagi faktor-faktor. Jadi kami buat kajian dan redONE sediakan semua kemudahan yang pengguna perlukan,” katanya yang memaklumkan redONE telah dinobatkan sebagai pemenang tiga kali berturut-turut MNVO Service Provider of the Year dari Frost & Sullivan selama tiga tahun (2014, 2015 & 2016).
“Bahkan pada tahun 2016, syarikat redONE telah berjaya memenangi The Brand Laureate Corporate Branding Award 2015-2016,” katanya menjelaskan redONE begitu memahami kehendak pengguna dan berjaya mencapainya hasil kerja keras semua pihak.
Finalis Dewi Remaja dah try dah telco redOne ini. Amazingnya kata mereka banyak kawasan liputan yang sebelum ini susah nak dapat, dengan redOne tak ada masalah langsung. Superb beb.Memasing ceria je kan sebab lepas guna redOne tak ada masalah langsung dengan liputan. Nak download pun laju aje, pendek kata tak ada masalah langsungDewi-dewi ini semua dah try red One. Korang pastikan bertukar ke telco ini sebab mereka menggunakan infrastruktur rangkaian 5 bintang Celcom Axiata yang cepat dan boleh dipercayai. So liputan memang meluas dan tak ada masalah langsung.
Demi menyasar lebih ramai pengguna Postpaid biarpun sudah berjaya mencapai sasaran lebih 1 juta pengguna Postpaid, redONE bertindak menjadi penaja bagi pertandingan berprestij Dewi Remaja selaku Rakan Telekomunikasi Rasmi Dewi Remaja 2018/2019 yang sedang berlangsung di Astro Ria dan Astro Ria HD.
“Ia satu kerjasama yang sangat menarik kerana kita tahu remaja hari ini menyukai sesuatu yang murah dan istimewa. Sebab itulah kita sasarkan golongan remaja kerana pelan data internet yang kita sediakan lebih murah dan berbaloi dibeli oleh semua masyarakat,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang remaja macam korang buat bila tengah menunggu pemandu Grab, bila tengah rasa frust atau bila tengah baring sebelum tidur.
Mendengar muzik.
Bagi kami sendiri di Dewi Remaja, kami rasakan muzik mempunyai kekuatan atau magis untuk membentuk mood seseorang. Tak kiralah semasa sedih, happy, excited atau mengantuk, muzik tu mesti ada sebagai background.
Jadi apabila kami mencabar 12 orang finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 untuk mengambil sebuah lagu yang diberi dan menghasilkan klip video pendek (dalam masa yang sangat singkat), mereka semua berjaya melakukannya.
Mereka buang segala rasa malu, jadikan diri lebih kreatif dan voila!
Cuma, siapa yang paling lit? Let’s VOTE.
Good job girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja selesai diumumkan barisan 12 finalis Pencarian Dewi Remaja 2018, sudah timbul pula kontroversi bila mana produser terkenal Michael Ang memberi komen kepada setiap peserta yang dipilih.
Menerusi laman instagramnya, Michael membuat serba sedikit ulasan tentang personaliti finalis akhir Dewi Remaja.
Jom kita tengok apa kata Michael Ang..
My fav la Aku rasa cantik. Joblin patut masuk miss universe or world la sia sia aje masuk dewi! Areena ini akan jadi modal untuk org kesian n menangis.
My second fav dua dua ni stock akan jadi pelakon harap2 tak kayu n bimbo!
Buang masa aje masuk, menang tak kan menang. Dah famous pun lagi baik buat job luar.
Ini pun stock pelakon mcm @jannanick buat role perempuan tak berapa nak perempuan. Girl2 brutal gitewww! Cantik jugak
Wow ni kalau boleh berlakon mesti laku jadi perempuan jahat dlm beriman aka berselindung di sebalik kaabah! Mata dia mcm boleh bunuh org kalau kau buat salah dgn dia!
Ok ini stock @aydajebat ciplak! Hmmm tak ke mana kot! Next pls
Ini contestant untuk cukup syarat aje. Sorry to say stock stock extra berdialog
Cuma kami nak betulkan, Afiefi Riani adalah finalis top 20. Yang terpilih ke top 12 adalah Affie Rania. Hiks!
Mak oiiii! Apo pipi tu mcm dah terover inject botox simen ni! Tak baik post gambar dia mcm ni. Gambar Instagram dia lagi cantik
Tidak!!!!!!!!!! Ini Aku guranteeeeeee 100% di masukkan untuk org kecam n menyampah! Ini bukan dah tahap ciplak tapi tahap Clone @neelofa Cuba jadi diri sendiri dik! Guranteeeeee100% tak kan menang tapi akan byk org mengata!
Walau bagaimanapun, ini hanya berdasarkan first impression Michael saja. Kami menerima komen dan pandangan ini dengan hati terbuka serta ingin berterima kasih kepada Michael Ang kerana sudi memberikan perhatian kepada finalis-finalis Pencarian Dewi Remaja tahun ini.
Semoga dengan kritikan ini memberikan semangat untuk mereka bangkit dan buktikan yang sebenarnya mereka memang layak berada di sini.
Kami memilih berdasarkan potensi, bakat dan personaliti mereka. Rasanya tak adil kalau kita nak judge mereka terlalu awal. So, sama-sama kita beri peluang buat mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam industri seni tanah air.
Good luck girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...