Semua Hero diminta untuk menggayakan pakaian RAKAN mereka dalam masa 20 minit. Dangan partner masing-masing, mereka perlu tentukan baju, konsep, dan arahan seni photoshoot mereka sendiri tanpa pertolongan. Siapa fashionable dan siapa tidak? Who gets it right? Vote hero favourite korang sekarang!
Lelaki Viral AME 2019, Jabir Meftah Sertai Sesi Uji Bakat Hero Remaja 2020
Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"
"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Gelaran Hero Remaja 2021 Jatuh Kepada Mierul Aiman
Setelah beberapa bulan ditunda akibat pandemik COVID-19, Pencarian Hero Remaja 2021 akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Mierul Aiman selaku Juara.
Berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini, Hero Remaja 2021 menampilkan lapan episod prelude yang disiarkan di Astro Ria bagi memperkenalkan barisan finalis kepada penonton.
Malam finale menyaksikan empat peserta akhir termasuklah Mierul Aiman, Fazziq Muqris , Afiq Hamidon dan Aqil Taqee yang perlu melalui tiga cabaran iaitu lakonan, pengacaraan dan sesi soal jawab bersama juri.
Ternyata tuah milik Mierul apabila dinobat sebagai Juara menggantikan takhta Nadhir Nasar selaku Hero Remaja 2020.
Naib Juara pula disandang oleh Aqil Taqee, manakala Fazziq Muqris berada di tempat ketiga dan Afiq Hamidon berjaya menduduki tempat keempat.
Sementara itu, Aqil Taqee dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan pilihan daripada pihak Remaja dan team produksi atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Remaja 2021 berlangsung.
Manakala, Hero Favorite hasil undian peminat di laman web Remaja menjadi milik Syazani Zainal.
Majlis berlangsung secara sederhana namun tetap meriah dengan hanya dihadiri kaum keluarga finalis top 4 kerana mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
‘Influencer’ Serta Penyanyi, Jaysong & Hakim Antara Finalis, Serikan Hero Dewi Remaja 2023!
Bakal-bakal wajah layar skrin tempatan yang berbilang personaliti menerusi rancangan realiti Hero Dewi Remaja 2023 kali ini, dilihat cukup memberi warna dalam industri seni tanah air.
Mana tidaknya, ada di antara mereka yang berjaya bergelar finalis program ini merupakan pempengaruh terkenal di media sosial, manakala seorang lagi ialah seorang penyanyi dan komposer lagu!
Pemilik nama Jaysong, finalis berusia 21 tahun ini sudah pun mempunyai para peminat tersendiri kerana dia merupakan seorang pempengaruh media sosial dan Youtuber dengan jumlah pengikut lebih 200 ribu orang.
Bagi finalis seorang ini pula, Hakim Khan, juga berbeza dengan barisan finalis yang lain kerana dia merupakan penyanyi dan komposer lagu. Pandai bermain alat muzik, Hakim mempunyai dua single bertajuk Terus Cuba dan Kau Mampu, hasil daripada bakat yang dimilikinya.
ARTIKEL BERKAITAN : Lebih Sengit Lebih Menarik! Pertama Kali Digabung Bersama, Ini Barisan 16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023
Jaysong
Istimewanya mengenai pemilik nama penuh Tan Jia Song ini, dia adalah satu-satunya finalis Hero Dewi Remaja 2023 berbangsa Cina.
Digelar ‘oppa’ Malaysia kerana mempunyai iras seperti penyanyi K-Pop terkenal, Sung Han Bin, minat yang mendalam untuk menjadi salah seorang pelakon menjadikan dirinya ‘berada’ dalam platform gilang gemilang ini.
Menjadikan pengarah dan pelakon hebat antarabangsa, Stephen Chow sebagai sumber inspirasi dalam berkarya, Jaysong menyifatkan dirinya ingin menjadi pelakon versatil terutama dalam membawa watak komedi.
“Saya suka membuat satu persekitaran itu dengan membuatkan semua orang gembira.
“Saya rasakan diri saya ini sangat passionate untuk meneroka industri bahari ini seperti industri perfileman Melayu selain mahu mengenali ramai rakan berbangsa Melayu.
“Sebenarnya, saya teringin sangat mencuba berlakon. Saya suka buat orang ketawa seperti pelakon Stephen Chow. Ya, itulah hasrat saya,” katanya kepada Remaja.
Hakim
Muhammad Al-Hakim Khan Farrukh Hadi, salah seorang peserta tinggi lampai yang berada di dalam ‘gelanggang’ Hero Dewi Remaja ini.
Pernah bernaung di bawah label 17 Eleven, pastinya finalis berusia 22 tahun ini mempunyai sebidang hasrat yang ingin dilunaskan menerusi rancangan realiti popular ini.
“Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menggunakan platform Hero Dew Remaja 2023 ini meluaskan lagi karier dan hajat saya dalam industri seni ini.
“Harapan saya dalam program realiti ini adalah untuk memperluas kerjaya dan bakat yang saya ada. Selain itu saya ingin membawa nama saya dalam industri kerana mahu mencari pelbagai pengalaman,” ujarnya.
Bertanya mengenai apa yang dapat digambarkan mengenai dirinya, ini jawapan murni anak jati Kelahiran Selangor itu.
“Saya rasa saya seorang yang charming kerana diri saya ini sering diperkata begitu,” jawabnya.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Two is DEFINITELY better than one!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.