
Setiap akhir tahun, ramai yang akan menantikan Wajah Lelaki Tampan yang dikeluarkan oleh TCC Candler.
Menariknya pemegang gelaran Juara Hero Remaja 2011/2012 yang baru menjadi bapa ini tercalon dalam Wajah Lelaki Tampan 2020 , Fattah Amin menjadi satu-satunya calon mewakili Malaysia yang tersenarai dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020 ini. Wow…hebatnya!
Namun, pesaing Fatah bukan calang-calang ye..Antara selebriti lain dalam senarai tersebut termasuk bintang K-Pop seperti V (BTS), Hyun Bin, Tzuyu (TWICE), Lucas (NCT), dan Suho (EXO) dan ramai lagi lah yang kacak dan popular di seluruh dunia.
Tahniah kami ucapkan untuk Fattah Amin, untuk info pada tahun 2018, bintang filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding berada di tempat ke-84 manakala pelakon filem Aquaman, Jason Momoa menjuarai senarai lelaki terkacak dunia.
Sakit Tekak Punca Naufal Azrin Tidak ‘All Out’, Tapi Puas Hadiahkan Lagu Buat Arwah Ayah

Penyingkiran penyanyi lagu hit Casablanca, Naufal Azrin pada konsert minggu ketiga program Big Stage 2023 tempoh hari seakan sudah dapat dijangkakan oleh para juri tetap, Ajai dan Aina Abdul.
Persembahan Naufal yang mendedikasikan lagu berbahasa Korea, Only nyanyian asal Lee Hi buat arwah ayahnya dirasakan agak goyah dari aspek vokal dan penyampaian buat kedua-dua orang juri tetap itu.
Begitupun, Naufal punya sebab kukuh mengapa kualiti persembahan tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Bercakap kepada REMAJA selepas tamat konsert, Naufal mendedahkan bahawa persediaannya untuk menyanyikan lagu Only itu amat terganggu setelah dia diserang isu kesihatan pada bahagian kerongkong. Sekaligus, Naufal menolak persepsi penonton kononnya dia tidak selesa membawakan lagu bahasa asing.
“Tentunya kecewa sebab saya sudah berikan 100 peratus dalam persembahan saya. Saya sakit tekak sebenarnya.
“Dari minggu lepas apabila saya mendapat lagu Korea, Only; saya sudah all out untuk hafal lirik dan sebagainya sehingga jam 5 pagi selepas pulang dari Big Stage
“(Untuk menyanyikan) lagu Korea sebenarnya tiada masalah. Tetapi masuk hari Rabu, tekak saya mula buat hal sehingga ke hari ini (Ahad). Suara saya pun tiada.”
“Bila tekak bermasalah, saya tidak boleh pergi ke banyak key seperti falsetto. Cuma saya puas bila tempo vokal saya semasa live lebih baik berbanding semasa rehearsal. Feeling untuk arwah ayah juga ‘masuk’ walaupun menyanyikan lagu bahasa asing,” ulas penyanyi kecil molek berusia 23 tahun itu.
“Nak buat macam mana, sampai di sini sahaja rezeki saya. InsyaAllah di luar nanti saya akan buat yang terbaik.”
Undian Peminat Jadi Penghalang
Melihat kepada papan skor markah juri tetap dan juri undangan, Ernie Zakri pada malam tersebut, Naufal Azrin sebenarnya bukanlah peserta yang memperolehi skor terendah.
Dia memperolehi jumlah markah sebanyak 62.33 peratus, sekaligus berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding Meer Nash (57.33 peratus) dan kumpulan Coex (58.33 peratus).
Ternyata, undian peminat yang menjadi penghalang buat Naufal melangkah ke peringkat seterusnya.
“Itu semua hak netizen dan peminat, jadi tidak timbul rasa tidak puas hati kerana undian terhadap saya rendah. Tapi saya percaya, semua yang berlaku dalam hidup saya sudah ditentukan oleh Tuhan. Jadi saya follow the flow sahaja,” katanya.
Bercakap mengenai following the flow, kongsi Naufal, dia bakal muncul dengan satu lagi buah tangan bersama rakan duetnya, Nuha Bahrin dalam masa terdekat memandangkan permintaan peminat terhadap gandingan tersebut masih kuat selepas mereka muncul sebelum ini dengan lagu seperti Casablanca dan Jika (versi Arab daripada nyanyian asal Melly Goeslow ft Ari Lasso).
“InsyaAllah saya akan keluarkan sebuah lagi single bersama Nuha. Selepas single ini, mungkin saya akan fikirkan kemunculan lagu solo pula. Nyanyian adalah minat saya, jadi tidak mungkin saya akan berhenti walaupun perjalanan pertandingan di Big Stage terhenti setakat minggu ketiga.
Terdahulu, Naufal Azrin telah diselamatkan oleh Ajai dan Aina Abdul daripada penyingkiran konsert minggu kedua selepas mereka menggunakan tiket ‘Imunity X’ ke atas seorang lagi peserta, Isaac Voo.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Harap Peminat Tak Sedih…” -Tetap Positif, Isaac Voo ‘Reda’ Tersingkir Awal – REMAJA
“Isaac pun dah buat yang terbaik, saya pun dah buat yang terbaik. Kami kena terima sahaja nasib dalam pertandingan. Bila dah tersingkir, kami perlu banyak merancang untuk jadi yang lebih baik dan kuat dalam industri nyanyian,” komen Naufal.
Mahalini Sah Milik Rizky Febian, Sedondon Berbusana Ikut Adat Sunda -“Alhamdulillah, Sah!”

Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian dilaporkan telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di hotel di Jakarta, Indonesia, tadi.
Berita gembira tersebut itu dikongsikan penyanyi lagu popular Hingga Tua Bersama itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, SAH!” coretnya ringkas.
Menerusi beberapa perkongsian foto tersebut, pasangan ini sama cantik dan padan mengikut busana adat Sunda berona putih.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan perasaan teruja selain tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan dua merpati sejoli itu.
“Alhamdulillah, barakallah & geklin. Bahagia selalu, selamat menjalani ibadah terpanjang,” komen seorang pengikut.
“Happy wedding day aiky liniii! So happy for both of you, samawa bahagia selaluuu. Selamat bermuara,” komen juga pengguna lain.
Pada Ahad lalu, pasangan ini mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan.
Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini Sah Peluk Islam, Bakal Disatukan Bersama Rizky Febian Esok
Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat Bali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mahalini
Taylor Swift Bakal Kolaborasi Dengan Katy Perry Dan Selena Gomez?

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum album studio ketujuh Taylor Swift yang berjudul Lover bakal menemui para peminat.
Kebelakangan ini juga, penyanyi lagu Me itu turut memberi hint kepada peminat yang juga dipanggil Swifties mengenai lagu di dalam album tersebut.
Terbaru, Taylor berkongsi satu foto di laman instagramnya seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa dia akan berkolaborasi dengan teman baiknya, Selena Gomez dan bekas musuh, Katy Perry.
Dalam foto tersebut dilihat ada perkataan cats dikatakan ada kaitan dengan peminat penyanyi lagu I Kiss A girl iaitu KatyCats.
Sementara itu, peminat mengaitkan penyanyi lagu Love You Like A Song itu dengan perkataan ‘fearless’ memandangkan Selena juga menggunakan perkataan tersebut di bio Instagramnya.
Setakat ini, Taylor tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut. Album itu bakal keluar pada 23 Ogos ini.