Wabak Cacar Monyet Kini Di Singapura, 7 Tanda & Gejala Perlu Ambil Tahu

Share

Monkeypox‘ merupakan sejenis jangkitan virus yang mempunyai beberapa persamaan dengan cacar air (smallpox).

Foto Via FMT

Malah, semalam Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) mengumumkan bahawa mereka telah mengesan satu kes cacar monyet di negara itu. Pesakit itu dikenal pasti sebagai pelawat yang transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sydney Kingsford Smith, Australia.

Hal ini bukan sahaja membimbangkan rakyat Singapura malah sebagai negara jiran yang paling dekat di selatan Malaysia. Rakyat negara kita turut merasa bimbang dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Tanda dan gejalan jangkitan

Menerusi laman sesawasang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui info sihat, terdapat 7 tanda dan gejala utama cacar monyet yang menandakan seseorang itu telah dijangkiti virus ini dan kebanyakannya adalah sama dengan cacar air.

Antara tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam timbul yang berisi cecair di seluruh badan, demam, keletihan, kelenjar limfa membengkak, sakit kepala, lenguh atau sakit otot dan sakit belakang.

Foto Via KKM

Dalam pada itu, memetik Mirror

, dalam tempoh masa satu hingga tiga hari selepas mengalami demam, pesakit biasanya akan mengalami ruam yang bermula di bahagian muka sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.

Pada manusia, gejala ‘monkeypox‘ adalah sama dengan cacar biasa tapi kesannya lebih ringan daripada cacar yang biasa. Monkeypox bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

“Perbezaan utama antara gejala cacar dan ‘monkeypox‘ ialah kelenjar limfa akan membengkak yang tidak berlaku pada cacar air.

“Selain itu, tempoh inkubasi untuk ‘monkeypox’ adalah tujuh hingga 14 hari namun boleh juga berlaku dalam tempoh lima hingga 21 hari,” jelas CDC, lapor Mirror

.

Menurut Mirror, pakar melaporkan, dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gejala ringan dan akan sembuh hanya dalam beberapa minggu setelah dijangkiti.

Menurut sejarah awal virus ini, ia pertama kali ditemui dalam koloni monyet di Republik Demokratik Congo pada tahun 1958 dan jangkitan pertama kepada manusia dilaporkan pada tahun 1970.

Hati-hati guys!

SUMBER : 1, 2,3

Published by
Nana