Wabak Tidak Mengira Kasta Dan Pangkat, Putera Charles Sah Positif Covid-19

Share

Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.

Terbaru, menurut pejabatnya hari ini, Putera Charles, 71, yang merupakan anak sulung dan pewaris kepada Ratu Elizabeth II sah positif COVID-19.

Pewaris takhta ini dikatakan telah menunjukkan ‘gejala ringan’ tetapi sebaliknya kekal dalam keadaan baik dan telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duches of Cornwall, Camilla yang telah diuji negatif Covid-19.

“Putera Wales telah diuji positif coronavirus dengan menunjukkan gejala ringan tetapi dalam keadaan baik dan bekerja seperti biasa dari rumah sepanjang beberapa hari lalu, lapor AFP.

Charles dan isterinya, Camilla, bersendirian di rumah di Scotland.

“Sukar untuk menentukan bagaimana putera itu dihinggapi virus berkenaan kerana banyak pergerakan yang dilakukannya dalam peranan awamnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” menurut kenyataan itu.

Pasangan itu diuji oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Aberdeenshire di timur laut Scotland, jelas kenyataan tersebut.

Acara umum terakhir Putera Charles adalah majlis makan malam untuk membantu hutan di Australia pada 12 Mac yang berlangsung di Mansion House di London.

Untuk info, Britain mempunyai lebih 8,000 kes disahkan COVID-19, dengan 422 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia.

Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Sumber : Sky News

Published by
Nana