Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.
Malahan wabak ni cepat merebak dan berkait rapat dengan virus berbahaya Acute Respiratory Syndrome (SARS). Virus SARS ini, pernah menyerang China sekitar hujung tahun 2002 dan awal tahun 2003.
Menurut pakar kesihatan di China, wabak virus korona yang berlaku pada tahun ini, merupakan virus mutasi yang boleh merebak di kalangan manusia menerusi haiwan yang sakit, melalui pernafasan.
Terbaru, lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis. Serius la guys!
Menurut Astro Awani , mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pula berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.
“Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura,” kata Dr Lee.
Menurut laporan itu, seorang lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa, Sentosa.
Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui.
Info & Simptom Jangkitan Virus Korona
Wabak virus korona ini sangat berbahaya kepada manusia dan pakar kesihatan menasihati agar kita semua dapat beri perhatian terhadap sebarang tanda-tanda jangkitan virus korona. Jika dapat dikenalpasti lebih awal, nyawa dapat di selamatkan pada peringkat awal.
Ini antara simptom pesakit yang dijangkiti virus korona
- Demam
- Batuk
- Kesukaran bernafas
- Nafas menjadi pendek/singkat
- Pneumonia
Antara langkah yang disarankan adalah:
- Elakkan berada di kawasan yang ramai orang
- (Jika boleh) jauhi sebarang sentuhan dengan haiwan
- Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau guna sanitizer tangan, apabila menyentuh sesuatu di tempat awam
- Pakai topeng penutup hidung dan mulut
- Elakkan dari melancong ke bandar-bandar yang di kuanrantin oleh kerajaan China
Jangan pandang remeh terhadap virus yang mula merebak di Malaysia dan negara-negara sekitar, dan jika ada ahli keluarga yang baru pulang dari melancong, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengenalpasti tiada sebarang masalah kesihatan berlaku. Ish risau pula penulis!
Sumber : Astro Awani