Lawa anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman ni!
Bakal mencecah usia 19 tahun pada Jun depan, penampilan versatil gadis bernama Fazryn ini jadi tumpuan. Apatah lagi, bersandarkan statusnya sebagai anak selebriti. Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN : Raja Azura Versi Remaja, Wajah Anak Perempuan Seiras Jadi Tumpuan Netizen
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal meniti usia 57 tahun.
Sudah menjadi lumrah anak seni dan public figure, pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dunia glamor. Selain penampilan suri hatinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut menjadi perhatian peminat.
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, anak gadis mereka iaitu Fazryn kian meningkat dewasa dan tampil jelita. Bersempena Hari Raya, keluarga bahagia ini mengabadikan momen indah mereka menyambut syawal.
Dalam foto Syawal mereka, kelihatan wajah matang Fazryn di sisi ibu bapa dan adik kesayangan. Malah, ada dalam kalangan peminat mengatakan anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila ini mirip wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Fazryn merupakan bekas pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang. Pertengahan April lalu, keluarga Faizal Hussein turut meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Fazrick yang kini berusia 16 tahun.
Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang aktif dan cemerlang dalam bidang akademik.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.
Walau sudah lebih sedekad hidup bersama namun kedua-duanya ibarat pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang pasti mereka akan beriadah bersama-sama di samping anak tersayang.
BACA LAGI : Ibu Puteri Balqis Terkilan Kes Amang Seksual Anaknya Tiada Pembelaan Yang Wajar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.