Sejak menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Incheon, para peminat mereka berdua telahpun teruja untuk melihat dua bintang Korea ini menghadiri acara fesyen paling dinanti-nantikan.
Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa bagi dunia hiburan Korea Selatan apabila dua bintangnya mencatat sejarah sebagai jemputan penyanyi K-pop wanita PERTAMA dalam sejarah ke acara fesyen Met Gala.
Mereka terdiri daripada ahli kumpulan blackpink, Rosé dan juga bekas ahli kumpulan 2NE1, CL bagi mewakili pereka fesyen masing-masing; iaitu Saint Laurent dan Alexander Wang.
Untuk pengetahuan, hanya segelintir selebriti lelaki K-pop yang pernah dijemput ke acara Met Gala sebelum ini iaitu PSY, Choi Siwon (Super Junior), Rain dan ahli EXO, Lay Zhang.
Fesyenista lain seperti G-Dragon (Big Bang) dan Jessica Jung pun tak pernah dijemput tau!
Pada tahun ini, tema ‘In America : A Lexicon of Fashion’ telah diangkat oleh penganjurnya, muzium MET dan majalah Vogue Amerika Syarikat bagi mengiktiraf barisan pereka fesyen legenda dari negara Uncle Sam itu yang telah memberikan impak dalam sejarah fesyen.
Kehadiran Rosé ke Met Gala 2021 sudah dapat dihidu oleh para Blinks setelah dia ditemui di lapangan terbang dengan menyarungkan pakaian Saint Laurent. Rosé sudah menjadi ‘wajah tetap’ jenama Perancis itu sejak dilantik sebagai dutanya bagi musim panas 2020. Dia juga pernah dijemput duduk di barisan hadapan pertunjukan fesyen Saint Laurent di Paris, tidak lama dahulu.
Sejak itu, Rosé sudah beberapa kali menyarungkan pakaian Saint Laurent ketika menghadiri acara formal.
Kelibat Rosé di butik Saint Laurent cawangan New York pada 12 September lalu menguatkan lagi desas-desus bahawa dia akan mencatat sejarah sebagai salah seorang jemputan wanita K-pop pertama ke acara Met Gala, and here she is!
Rosé ditemani pengarah kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello di sisinya dalam dress mini hitam dengan perician half-a-bow putih pada bahagian dada serta aksesori statement. She definitely did not come to play. Lihat sajalah pada kasut tumit setinggi kira-kira 5 ke 6 inci itu!
*
CL turut tidak ketinggalan ingin menonjolkan diri apabila dia hadir dalam dress yang diinspirasikan daripada fabrik denim; sejnis fabrik yang selalu dikaitkan dengan dunia fesyen Amerika Syarikat,
Dress jenis off shoulder ini tampak inovatif dan cukup seksi apabila dipadankan dengan ‘seluar dalam putih’ rekaan Alexander Wang.
Lalu, ia memperlihatkan sisi CL yang berbeza. Selalunya, CL lebih selesa menyarungkan pakaian baggy
dan oversized. Tidak bagi kali ini.Ia sekaligus mencerminkan impak CL dalam dunia fesyen. CL pernah berjalan di pertunjukan fesyen DKNY dan dijemput sebagai tetamu VIP bagi pertunjukan fesyen Tom Ford, Gaultier, Saint Laurent, Moschino; serta menjadi muse bagi pereka fesyen Moschino iaitu Jeremy Scott! Lalu, kehadirannya di Met Gala pada hari ini adalah bertepatan dengan statusnya sebagai antara fesyenista yang harus diperhatikan.
Apa pendapat korang dengan busana kedua-dua penyanyi K-pop ini? Adakah ia terlalu seksi seperti yang diperkatakan oleh warganet ataupun korang rasakan ia sesuai dengn Rosé dan CL?