Siapa tak nak bentuk wajah berseri, anjal, cengkung dan tirus ala ahli kumpulan Blackpink Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa. Jangan risau, korang masih boleh diselamatkan walaupun berwajah ‘comel’.
Korang pernah dengar tak tentang urutan dari Gua Sha untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing?
Gua Sha, bukan bermaksud saya (gua) dan sha (si polan bernama sha), akan tetapi Gua Sha merupakan satu kaedah perawatan wajah turun-temurun yang diamalkan masyarakat China sejak zaman-berzaman.
Menggunakan batu jed atau sekeping kayu kecil diperbuat daripada tanduk kerbau, Gua Sha atau disebut gwahshah, dalam bahasa kantonis bermaksud mengikis, menyentuh, atau membentuk.
Teknik urutan ini memang mempunyai banyak faedah, seperti meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan sakit leher. Tetapi kerana melibatkan gosokan kulit dengan batu, ia boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila anda menekan kulit dengan mengurut mungkin caranya salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.
Pakar menekankan bahawa anda tidak boleh simply mengurut di seluruh wajah tanpa arah, korang memerlukan beberapa metodologi. Untuk membantu anda melalui rutin Gua Sha, berikut langkah-langkah menggunakan alat ini dengan betul, untuk hasil yang maksimum dan luar biasa.
Nota : Sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha.
1. Mulakan mengurut di kawasan tengah dahi, press secara lembut untuk memberi tekanan. Korang cuba lakukan secara circular motion (membulat) hingga ke garis rambut.
2. Kemudian urut di kawasan sekitar mata. Tarik ke atas hingga ke garisan rambut.
3. Selepas itu, urut di bahagian wajah korang, bermula di tulang pipi, tengah dan dagu. Lakukan secara tarik ke atas hingga sampai ke telinga.
4. Untuk dagu, berikan sedikit tekanan mengurut dan tarik ke atas (upwards motion).
5. Untuk mengurut di bahagian leher. tarik ke atas secara perlahan. Boleh lakukan sebanyak 5 kali untuk setiap urutan.
Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.