Wajah Ibu Meninggal Dalam Keadaan Senyum Selepas Lahirkan Anak Undang Sebak

Share

Ajal maut merupakan rahsia Allah taala buat hambanya. Setiap kali mendengar berita kematian terutama melibatkan ahli keluarga, pasti jiwa dan emosi mereka yang mengalaminya dalam keadaan bersedih.

Namun pastinya lebih sedih apabila kematian itu berlaku selepas melahirkan seorang anak ke dunia. Bukan saja kehilangan sang ibu yang akan mendodoikan saat menangis tapi pastinya sang anak juga tidak akan merasai susu ibunya.

Berita seorang ibu dari Payakumbuh, Sumatera Barat Indonesia yang meninggal dunia minggu lalu selepas melahirkan bayi keduanya termasuk wajahnya yang tersenyum menjadi viral di negara jiran terbabit. Lebih menyayat hati, bukan saja meninggal dalam keadaan tersenyum, curahan hati suaminya, Firdaus Sutan Parpatiah turut mengundang sebak di hati pembaca.

Allah sebaknya. Tak boleh bayangkan perasaan begini, satu kehilangan yang begitu sukar diterima.

Perkongsian Firdaus mengenai pemergian isterinya selepas melahirkan anak keduanya mengundang simpati orang ramai

Dalam satu perkongsian di fb atas nama Firdaus Sutan Parpatiah, memetik berita dari Tribunnews, Firdaus memaklumkan isterinya meninggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan mereka, Divani Putruami. Sebelum kejadian 24 Julai lalu itu, Firdaus sempat menulis dia dan isterinya sedang berada di Rumah Sakit Dr Adnaan WD Payakumbuh, Sumatera Barat 22 Julai lalu.

Beginilah wajah arwah yang dilihat seolah-olah tersenyum dalam kematiannya selepas melahirkan bayi perempuannya
Bayi kecil ini diberi nama Divani Putriami, seakan nama arwah ibunya. Cuma belakangnya saja ada lagi tambahan nama iaitu Chello Khenzi Al-ghani.

Mungkin terkesan dengan pemergian isteri tanpa terduga selepas melahirkan anak mereka, di curahan fbnya, Firdsaus berkata dia mahu memberika  nama yang sama dimiliki arwah isterinya untuk anak baru dilahirkannya itu.

“Saya tidak pandai memberikan nama-nama indah untuk anak perempuan ini.”

”Ini kerana keindahan itu sudah berada di almarhum isterinya.

“ Maaf bunda, nama puteri kita. Pakai nama bunda saja.

Divani Putriami, Copy Nama Abang nya sedikit, cuma ujungnya saja Chello Khenzi Al-ghani.

Jadi nama Putri kita Divani Putriami Al-Ghani, gak apa2 kan, tulisnya.

Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk arwah. Meninggalnya dalam keadaan syahid kecil selepas melahirkan bayi.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros