Wajah Lesu Sebab Berjaga Malam Untuk Study? Jangan Risau Ini 5 Cara Bagaimana Untuk Nampak Lebih Segar

Share

Rutin sebagai pelajar, belajar atau siapkan tugasan pelbagai assignment hingga lewat malan adalah satu perkara biasa. Sebagai pelajar korang semua mesti akan lalui perkara ini terutamanya bila tiba musim peperiksaan, bukan?

Dan bila sudah berjaga malam dan tidur tak cukup, wajah korang pasti akan nampak sangat lesu dan kepenatan. Mulalah eyebag akan otomatik menonjolkan diri dengan sangat spektakular. Hehe.

Bila wajah lesu dengan mata seperti lebam, korang pasti sukar nak berdepan dengan orang lebih-lebih lagi di mata buah hati tersayang. Jadi bagaimana untuk sembunyikan wajah lesu? Apa kata ikut beberapa tip daripada Remaja kali ini.

1. Minum air putih dengan banyak

Apabila berjaga malam dan tidak cukup tidur, badan kita memerlukan air yang banyak. Jadi minumlah air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 atau 2.5 liter air sehari. Lakukan rutin ini terutama bila mula-mula bangun tidur. Selain minum air, makanan seperti buah-buahan dan sayur (yang kaya dengan air) juga boleh membantu kamu mendapatkan jumlah air dalam badan.

2. Cuci muka dengan ais

Ya, jangan ingat ais dugunakan untuk menyejukkan minuman kegemaran korang sahaja. Ais dapat dimanfaatkan untuk kecantikan terutama penjagaan kulit wajah. Untuk itu, ais dapat digunakan untuk menjaga kelembapan kulit, mengecilkan pori-pori, mengatasi jerawat dan juga menghilangkan kesan lebam eyebag

. Untuk kesan berhasil, lakukan secara rutin setiap hari.

3. Menggunakan produk pelembap

Dengan menggunakan pelembap kulit, wajah lesu dapat dipulihkan. Pelmembap atau serum yang digunakan boleh meberik nutrisi kepada kulit. Jangan gunakan mekap yang tebal bagi mengelakkan wajah kamu sukar mendapat kelembapan. Kulit yang mengalami dehidrasi akan muda menjadi lesu dan nampak kepenatan.

4. Pakai mask produk teh

Sebenarnya untuk menyembunyikan eyebag yang berlaku akibat kurang tidur tidak sukar. Gunakan mask yang mengandungi ekstrak teh hijau yang mengandungi pelbagai zat bagi menyegarkan kembali kulit wajah. Dengan menggunakan mask teh, ia juga berfungsi untuk mengetatkan kulit dan membantu aliran darah yang baik di bahagian mata.

5. Efek mekap

Ini cara yang paling senang dan ringkas. Bagaimana? Hasilkan ilusi mekap bagi menampakkan mata kamu kelihatan lebih bulat. Sapurkan maskara untuk menahan lengkungan, oles lebih banyak pada bulu mata di sudur luar agar ia lebih kelihatan lentik dan memberikan efek mata terbuka.

Selamat mencuba! 🙂

Published by
Farizul Izwany Ibrahim