Wajah ‘Maskulin’ & Impak Watak Kahar, Amir Ahnaf Kini Semakin Digilai Ramai

Share

Nama pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf semakin menjadi kegilaan dan bualan ramai apabila figura ini berjaya membawa watak sebagai Kahar menerusi naskhah terbaharu Projek: High Council.

Kejayaannya yang dilihat cemerlang dalam membawa karakter ‘budak sekolah yang nakal’ itu sekaligus menjadi fenomena di aplikasi popular TikTok apabila ramai para peminatnya menyunting gambar dan videonya di platform tersebut.

Menyedari nama baiknya mula dikenali dan mendapat tempat dalam industri seni tempatan, pelakon berusia 23 tahun ini menitipkan kesyukuran dan rasa dihargai apabila lakonannya berjaya malah dapat diterima penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar – Tiada Lagi ‘Hilmi’, Projek: High Council Papar Realiti Asrama Pelajar Lelaki

“Sebenarnya apa yang saya rasa adalah lebih kepada diri saya dihargai. Kerana, sebelum ini saya sebagai pelakon ekstra, supporter dan hinggalah untuk drama ini, dari situlah saya banyak hadap dan belajar bagaimana industri hiburan.

“Saya juga rasa dihargai apabila buka media sosial, ada pengguna menyunting video saya di TikTok dan asa juga ciap dimana dia membenci Kahar. Jadi, saya rasa karakter ini sampai kepada penonton.

“Alhamdulillah, berbaloi dengan apa yang saya ‘pulun’ selama ini. Tambah pula dengan pengikut saya yang semakin bertambah dimana pengikut itu percaya lakonan saya,” katanya kepada Remaja.

Bukan itu sahaja, nama bintang muda ini turut menjadi fenomena di media sosial dek kerana raut wajahnya yang dikatakan maskulin dan ‘jejaka malaya’ sekaligus membuatkan pelakon ini lebih dikenali hari ini.

Bangga dengan prestasinya itu, Amir bagaimanapun sentiasa menunduk ke bumi dan menyatakan dirinya memasuki industri ini adalah minatnya yang tinggi terhadap lakonan dan ingin menunjukkan bakat yang ada, bukannya hanya sekadar meraih populariti sahaja.

“Sebenarnya saya pun datang dari circle orang kampung. Tambahan pula kebanyakan orang Terengganu ‘tanned skin’. Jadi, apabila kita keluar daripada kepompong pantai timur dan masuk ke bandar, saya berasa minoriti disini kerana gaya dan vibe yang lain.

“Saya bagaimanapun percaya diri saya mampu untuk membawa bakat malah apa yang kita ada ini rare untuk ditunjukkan dalam industri ini. Bukan sebab ingin popular, tetapi saya ingin menunjuk bakat yang ada. Sudah lama saya mencari platform untuk saya tunjuk bakat ini,” ujarnya lagi.

‘Tiada niat mahu promosi gangsterisme, vandalisme, buli’

Walaupun naskhah tersebut disukai para penonton, namun ada juga segelintir yang melontarkan komen-komen yang menyatakan drama tersebut hanya mempromosi gejala buli dan gansterisme di sekolah.

Tampil menepis ‘stigma’ tersebut, finalis Hero Remaja 2021 ini menekankan bahawa Projek: High Council adalah sebuah drama yang penuh dengan pengajaran dan menceritakan hal sebenar yang seringkali berlaku di asrama.

“Saya faham di dalam dunia ini semua orang ada sepasang mata dan masing-masing ada perspektif tersendiri. Jadi kita hormati sahaja dengan perspektif orang lain. Pendapat bagi pihak kami pula adalah ingin mengetengahkan dimana ramai yang mengendahkan mengenai mental dan emotional abuse.

“Drama ini bukan sahaja bercerita mengenai fight dan membuli sana sini. Malah kesemua episod seperti pelangai iaitu banyak pengajararan yang boleh kita pelajari. Tetapi ia sebenarnya wujud dan terjadi dalam Malaysia.

“Yang saya boleh katakan kepada orang diluar sana adalah kami tiada niat langsung untuk mempromosi gangsterisme, vandalisme mahupun buli. Kerana kami cuma ingin mengetengahkan supaya ramai orang tahu dan aware serta menjadikan sekolah sebuah institusi yang selamat,” jelasnya panjang.

‘Kita perlu ada ‘barang’ atau title untuk tunjuk…’

Penah menceburi bidang teater ketika di menara gading, tidak hairanlah Amir kelihatan tidak ‘kekok’ menggayakan watak aksi antagonis menerusi drama berkenaan. Katanya, sejak dirinya di Hero Remaja lagi, dia sudah pun mula melakukan persediaan untuk memasuki industri hiburan.

Selain itu, bintang yang berasal dari pantai timur ini juga berkongsi dia kini sedang aktif belajar dan memasuki kelas berkaitan fighting yang lebih dikenali sebagai the selebrity fight.

“Sebenarnya sejak Hero Remaja lagi saya sudah melakukan persediaan dengan pilihan kehidupan. Pertama yang kita boleh pergi adalah lakonan, kedua perniagaan, ketiga peragaan dan keempat adalah fighting.

“Lakonan dan peragaan Alhamdulillah kini sedang berjalan. Kini saya sedikit aktif adalah fighting yang selalu orang sebut the selebrity fight. Dari situlah secara perlahan saya akan membina nama.

“Kadang kala, kita perlu ada ‘barang’ atau title untuk tunjuk kepada orang supaya mereka percaya untuk ambil kita berlakon,” tuturnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Amir Ahnaf

Published by
Fath