Kecantikannya berjaya memukau setiap mata yang memandang dan bakat lakonannya yang segar memang pakej yang sempurna. Namun baru-baru ini, beberapa gambar Go Yoon Jung ketika zaman sekolah dan universiti telah berjaya mencuri perhatian netizen daripada karyanya.
Segelintir netizen yang berniat jahat telah membandingkan gambar masa lalu Go Yoon Jung dengan penampilan semasanya. Malah, Go Yoon Jung dikatakan hanya mendapat tahap kecantikannya sekarang selepas menjalani pembedahan plastik.
Dalam gambar graduasi yang didedahkan, Go Yoon Jung kelihatan berbeza dengan figuranya sekarang. Bukan sahaja gambar graduasi, gambar lama Go Yoon Jung yang lain juga kelihatan agak berbeza dengan wajahnya sekarang, dari bentuk matanya hingga ke bibirnya.
Ada juga tampil mempertahankan gadis cantik ini dan komen peminat menafikan hal itu,
Ads
“Itu bukan Go Youn-jung tapi orang lain dengan nama yang sama.” – komen netizen
Untuk pengetahuan, pelakon itu yang berusia 27 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Seni Seoul dan Universiti Perempuan Seoul. Sebelum memulakan karier lakonan, dia mula dikenali ramai kerana menjadi model isu 771 majalah UNIV Tomorrow. Kemudian, pada Mac 2019, dia debut dengan drama “He Is Psychometric”.
Ads
Sejak dari debut, Go Youn-jung telah menarik perhatian dengan kacantikan yang unik babak patung. Namanya mula meningkat naik menerusi lakonan dalam siri “Sweet Home” dan “Law School” dan filem “Hunt”dan terbaru siri Netflix ‘Alchemy Of Souls 2’.
Hmm.. biasa la waktu sekolah mesti la comot-comot sikit kan. Sabarlah Go Youn-jung!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Diana Danielle mendedahkan dia dan ibu tersayang pernah melalui tempoh titik terendah dalam kehidupan mereka.
Menerusi perkongsian di podcast Debonair, isteri kepada aktor terkenal, Farid Kamil itu memaklumkan dia tidak mampu untuk membeli makanan dan terpaksa menumpang tempat tinggal di rumah rakan.
“Saya pernah rasa cemas. Saya pernah rasa sedikit tertekan sebab tak mampu untuk membeli satu paket beras atau nasi lemak RM1.
“Saya dan ibu saya pernah menjadi gelandangan. Kami tinggal bersama keluarga di rumah kawan-kawan,” tuturnya.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu belajar untuk menghargai kehidupan sejurus sahaja tempoh sukar itu berlalu.
“Jadi ke depannya, ia memberikan saya rasa kehidupan itu.
“Ia bukan tentang mengejar sesuatu yang lebih besar atau mahu membuktikan kepada sesiapa kenapa saya membuat sesuatu perkara,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Solat adalah perkara WAJIB ke atas setiap umat Islam yang berakal dan baligh. Betapa pentingnya ibadah solat lima waktu sehari semalam ini, ia merupakan rukun Islam ke kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Perkara pertama akan ditanya di akhirat kelak adalah solat. Justeru itu, ibadah solat tidak boleh dipandang remeh sama sekali oleh setiap umat Islam. Di samping solat lima waktu sehari semalam, kita juga disarankan untuk melakukan solat sunat yang boleh memberikan ganjaran pahala bagi yang melakukannya. Malah ia adalah jawapan kepada semua masalah yang kita hadapi.
Jom kita ketahui jenis-jenis solat sunat dan pengertiannya.
Solat sunat Dhuha atau disebut juga sebagai pembuka rezeki :
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur). Boleh buat 2 rakaat atau lebih (sehingga 6 rakaat).
Solat Sunat Tahajjud atau disebut solat permudah urusan
Solat tahajjud oleh dibuat apabila terjaga di waktu malam selepas tertidur sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Solat Sunat Hajat (mencapai apa yang diinginkan)
Solat hajat dan doa sebenarnya adalah senjata umat Islam. Sembahyang sunat atau solat sunat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang Muslim itu memiliki sebarang hajat atau kehendak yang ingin dipinta terus kepada Allah S.W.T.
Antara hajat yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat Malaysia ialah seperti hajat pelajar inginkan keputusan yang cemerlang, hajat ibu bapa mahukan anaknya berubah daripada keburukan kepada kebaikan, hajat mahu anak dengar kata, hajat mahukan sejumlah harta, hajat mahukan calon pasangan isteri atau suami dan sebagainya.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.
Solat sunat Istikharah (menyelesaikan apa kekeliruan berlaku)
Istikharah dari sudut bahasa bermaksud “meminta sesuatu kebaikan”.
Doa yang dibaca semasa solat berbunyi seperti berikut:
Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjukMu dalam pengetahuanMu, aku meminta kekuatanMu dengan kemampuanMu, dan aku mengharapkan daripada kurniaMu yang Agung. Maka sesungguhnya Engkau mampu dan aku tidak mampu, Engkau tahu dan aku tidak tahu dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah jika Engkau tahu bahawa urusan ini [sebutkan urusan] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, maka mampukanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah padanya bagiku. Dan jika Engkau tahu bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah kebaikan padaku, di mana-mana pun ia, kemudian redhakan lah aku padanya.
Maka sebelum itu, ada tiga langkah perlu tahu iaitu:-
Persediaan– Gunakan rasional dan nilai keadaan sendiri. Lakukan penyelidikan awal terlebih dahulu.
Istisharah (minta pandangan)– Tanyakan pendapat mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan
Istikharah (minta kebaikan)– Sekiranya selepas mengurangkan pilihan, kita masih menghadapi kesukaran membuat keputusan, di sinilah istikharah memainkan peranan untuk memberi kita keyakinan dan kejelasan.
Solat sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam. Jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam.
Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam. Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.
Ajaran dalam agama islam cukup lengkap untuk mencari semua jawapan pada persoalan yang kita ingin tahu dan mahu tahu. Al-Quran dan hadis itu adalah pelengkap kehidupan dan tidak boleh ditinggalkan sama sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulu, permainan Spirit of the Coin pernah popular di kalangan pelajar sekolah asrama.
Selalunya, pada waktu hujung minggu mereka mempunyai banyak masa terluang dan antara salah satu aktiviti yang dilakukan adalah dengan bermain permainan ‘berhantu’ ini.
Biasanya, permainan ini dimainkan di blok-blok lama sekolah atau pada waktu tengah malam di dalam bilik yang digelapkan dan jika mereka bernasib baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang ada di situ. Tapi, jika nasib tak baik, terimalah berbagai-bagai situasi yang tak disangka-sangka.
Apa sebenarnya Spirit of the Coin?
Pada asalnya, ia bukanlah sebuah permainan tetapi merupakan satu kaedah untuk berhubung dengan roh orang mati. Kaedah Spirit of the Coin ini digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan bercakap dengan roh.
Biasanya ia digunakan untuk:
1. Bertanyakan khabar pada orang yang telah meninggal dunia.
2. Mengetahui di mana kedudukan roh.
3. Berkomunikasi dengan roh.
4. Meminta bantuan secara ghaib.
5. Mencari barang atau orang yang hilang.
6. Untuk mengetahui cara kematian roh tersebut sama ada kemalangan, dibunuh atau sebagainya.
Bukan main ‘suka-suka’, ini tiga risiko yang bakal korang hadapi
1. Jika tengah bermain, pemain mengangkat jari daripada duit syiling, roh itu akan mengikut kita balik dan akan sentiasa mengganggu pemain seumur hidup kerana tidak menghantarnya pulang.
2. Terdapat kemungkinan roh yang dipanggil ke dalam permainan ini berdegil tidak mahu balik, pemain harus meneruskan permainan dengan roh itu sehingga ia puas dan bersetuju untuk ke petak home atau good bye yang tertulis di atas kertas Spirit of the Coin tersebut.
Kadang, roh tidak mahu kembali ke tempat asal kerana ingin terus berkawan dan berdamping dengan pemain yang disukainya.
3. Mengikut kepercayaan sesetengah pihak, roh yang tersesat atau roh orang mati dalam keadaan terseksa akan memasuki ritual ini dan berlakon kononnya ia adalah roh orang yang kita maksudkan.
Selalunya jawapan yang mengelirukan akan diberikan oleh roh yang menyamar. Dalam kes ini, roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan pemain selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan terus mengekori dan mengganggu pemain tersebut seumur hidup.
Ha, kalau dengar memang seram. Dulu-dulu kami memang selalu dengar tentang perkara-perkara aneh yang sering terjadi pada mereka yang pernah bermain permainan misteri ini.
Namun, sebagai umat Islam, ini merupakan satu perbuatan syirik di sisi Allah. Jangan hanya kerana sikap ingin tahu dan saja ‘suka-suka’ buatkan akidah korang terpesong.
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...