
Isi Kandungan
ToggleKita recap sikit apa itu Movember. Bagi siapa yang masih belum tahu, November adalah bulan istimewa untuk lelaki di seluruh dunia sebagai tanda memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka.
Oleh sebab itu, ramai lelaki yang tidak akan mencukur jambang dan misai mereka sebagai tanda sokongan.
Macam seperti selebriti-selebriti Hollywood ni, lain betul la kalau tengok muka sebelum dan selepas berjambang. Tapi gambar-gambar ni bukanlah diambil sempena mereka menyambut Movember tau..
Remaja cuba nak tampilkan je wajah mereka ni sebelum dan selepas berjambang.
1. Brad Pitt
2. Ryan Reynolds
3.Ben Affleck
4. Zac Efron
5. Drake
6. Hugh Jackman
7. Leonardo DiCaprio
8. Justin Timberlake
9. Robert Pattinson
10. David Beckham
11. Jude Law
12. Shia LaBeouf
13. James Franco
Hm, agak-agak mana lebih smart. Sebelum atau selepas berjambang?
Beralih Ke ‘Online’, Jenama Zara Secara Rasmi Tutup Kebanyakan Stor Seluruh Dunia!

Mungkin ini satu kesan peredaran zaman semua beralih ke dunia online.
Terbaru, jenama fesyen high street popular dunia iaitu ZARA, bakal menutup sebanyak 1,200 kedai di seluruh dunia kerana peruncit pakaian mahu meningkatkan penjualan atas talian sejak timbulnya pandemik Covid-19.
Fuh….Kiranya mereka mahu tutup kedai tapi penjualan atas talian masih diteruskan.
Zara dilaporkan akan menutup sebanyak 1,200 kedai di seluruh dunia kerana peruncit pakaian mahu meningkatkan penjualan atas talian sejak timbulnya pandemik Covid-19. Kiranya mereka mahu tutup kedai tapi penjualan atas talian masih diteruskan.
Penutupan dijangka tertumpu di Asia dan Eropah. Difahamkan, 107 kedai di UK tidak terlalu terjejas dengan ketara.
Inditex, salah satu peruncit pakaian terbesar di dunia telah mengalami kerugian besar semasa penularan wabak Corona, dengan penjualan menurun hampir 44% antara 1 Februari dan 30 April, pada suku pertama.
Syarikat melaporkan kerugian bersih €409m pada suku tersebut. Hampir satu perempat daripada kedainya tetap ditutup pada 8 Jun.
Walau bagaimanapun, penjualan atas talian meningkat 50% pada suku tersebut, dan meningkat 95% pada bulan April.
So rasa- rasanya Zara Di Malaysia turut terjejas ke tak eh? Korang tunggu jela kalau Jenama ni umumkan notis dan jualan murah maka tamatlah riwayat Zara di sini.
Amacam? Korang rasa perubahan Zara dari butik fizikal ke online ini wajar ke..?
Sumber : theguardian
Jungkook BTS Menang Artis K-Pop Paling Hot 2020, Rampas Takhta G-Dragon Tahun Lepas

Laman web undian K-Pop terbesar, King Choice sebelum ini telah menjalankan tinjauan ‘Hot 100 K-Pop Idols Ranking 2020’ dan undiannya sudah pun ditutup pada 20 Disember lepas. Ramai selebriti terkenal K-Pop yang berjaya sepanjang tahun 2020 ini, termasuklah BTS, Blackpink, Twice, EXO, G-Dragon, IU, Hwasa, Jackson Wang, Kim Jaejoong, Taemin dan lain-lain.

Hasil undian peminat, Jungkook BTS telah dipilih menjadi idola Korea Selatan paling Hot untuk tahun 2020. Memperoleh undian sebanyak 14,594,781 juta, Jungkook telah mengalahkan pesaing terdekat, Lisa Blackpink yang berada di tangga kedua.
Info| With over 14,594,781 millions votes received & after maintaining the lead position for over half a day, Jungkook has officially & with eligibility topped King Choice 2020 End-Year Hot 100 K-Pop Idols Ranking.
CONGRATULATIONS! @BTS_twt ✨ pic.twitter.com/rc90J48dBR
— 𝑱𝑲ᴾᴿᴵᴺᵀ (@Jungkook_print) December 21, 2020
Kemenangan ini juga menyaksikan ahli kumpulan BTS ini merampas takhta pemenang tahun lepas, Dragon yang memenangi gelaran ‘Hot 100 K-pop Idols Ranking 2019’ dengan undian sebanyak 3.2 juta. Untuk tahun 2020, anggota kumpulan Bigbang ini tidak termasuk di dalam senarai top 10 sebaliknya hanya menduduki tangga ke-17 dengan memperoleh 239,000 undian.

Berikut merupakan senarai Top 10 idola Korea paling Hot 2020:
1. Jungkook BTS
2. Lisa Blackpink
3. Kim Hyun Joong
4. Jimin BTS
5. Jennie Blackpink
6. Yunho TVXQ
7. Kim Jaejoong JYJ
8. Jisoo Blackpink
9. Rose Blackpink
10. Cha Eunwoo
Kemenangan ini turut dirai oleh peminat di seluruh dunia dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Jungkook.
Congrats Jungkook!
Park Min Young Sanggup Turunkan Berat Sehingga 37KG Demi Jiwai Watak Pesakit Kanser

Dedikasi dan keteguhan yang ditunjukkan oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min Young ternyata cukup luar biasa apabila beliau sanggup mengurangkan berat badan sehingga 37 kilogram demi projek drama terbarunya.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 K-Drama Wajib Layan Bulan September: Gandingan Ji Chang Wook & Wi Ha Joon, Arthdal Chronicles Kembali!
Berita ini dikongsikan melalui akaun Instagram syarikat penyiaran, TVN, yang memperlihatkan beliau memegang watak Kang Ji Won, seorang wanita yang mengidap kanser dalam drama berjudul ‘Marry My Husband’.
Drama ‘Marry My Husband’ merupakan adaptasi dari sebuah webtoon yang mengisahkan kisah seorang wanita yang meninggal dunia akibat kanser setelah menyaksikan suaminya terlibat dalam hubungan sulit dengan sahabat baiknya.
Keajaiban bermula apabila dirinya diberi peluang untuk kembali ke sepuluh tahun yang lalu dan memulakan hidup baru.
Walaupun ramai yang memuji usahanya, gambar terkini pelakon berusia 37 tahun itu yang menunjukkan pipinya yang cengkung turut menarik perhatian warganet, dengan kebanyakan menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan pelakon tersebut.
“Berat badan turun sehingga 37 kilogram adalah terlalu mendadak untuk seseorang yang berusia. Semoga dia dapat pulih ke berat badan asalnya,” komen seorang individu.
“Sangat bahaya untuk kesihatannya, perlukah syarikat televisyen buat permintaan seperti ini yang sangat berisiko?” komen warganet lain.
“Dia nampak sangat sakit. Rasanya guna efek solekan sahaja sudah boleh nampakkan yang dia tidak sihat, tidak perlu sampai turunkan berat sebanyak itu,” kata seorang peminat.
Buat makluman, drama ‘Marry My Husband’ akan mula ditayangkan di TVN bermula Januari tahun hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo