Wajah Senget Sebelah Akibat Tidur Menghadap Kipas, Doktor Sahkan Alami Bell’s Palsy

Share

Cuaca panas di Malaysia menyebabkan kita rasa tidak selesa terutama ketika hendak tidur pada waktu malam. Selain penghawa dingin, sudah semestinya penggunaan kipas angin diperlukan bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan selesa.

Tapi awas ya, kerana tabiat ini rupanya membahayakan diri kita.

ARTIKEL BERKAITAN : Muka Herot Sebelah, Atlet Badminton Chan Peng Soon Disahkan Alami Bell’s Palsy

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga pengguna laman sosial TikTok Juli berkongsi keadaan yang dialaminya. Susulan Bell’s Palsy salah satu otot pada wajahnya menjadi lemah, tidak berfungsi dan herot.

Juli dalam video yang dikongsikan berkata perkara itu berlaku secara tiba-tiba.

 

@juliyuliaadari nangis2 sampe bisa ngetawain muka sendiri 🥹🫠

♬ original sound – sped up afrobeats

“Semalam semuanya masih normal, ada tak yang pernah alami seperti ini?” titipnya.

Saat awal tejadinya perubahan itu, Juli tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sehinggalah dia mendapatkan rawatan perubatan.

Menerusi video yang seterusnya, wanita itu berkongsi dia disahkan mengalami Bell’s Palsy seperti yang diteka oleh warga maya susulan angin daripada kipas kuat menghala ke wajahnya.

Bagaimanapun kata Juli, kipas hanya dihidupkan selepas menjelang masuknya waktu Subuh manakala waktu malam dia menggunakan pendingin hawa. Justeru, doktor tetap menasihatkan agar penggunaan alat eletrik itu dikurangkan.

Mari ambil tahu mengenai “bells palsy” ini?

Palsi Bell (Inggeris: Bell’s Palsy) merupakan penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini

Sesiapa yang didiagnoskan Bell’s Palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Selain daripada itu, aktiviti harian mereka juga turut terjejas antaranya seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain lagi.

Berbeza dengan kelumpuhan muka disebabkan penyakit seperti strok dan penyakit Lyme, sehingga kini penyakit Bell’s Palsy masih tidak diketahui punca sebenarnya tetapi ramai pengkaji perubatan percaya Bell’s Palsy dirangsang dengan jangkitan virus.

Untuk info, penyakit Bell’s Palsy selalunya bersifat sementara namun dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih bahkan ada yang kekal selama-lamanya.

So kalau korang ada tanda-tanda di atas, berjumpa dengan doktor.

BACA LAGI : Selain Justin Bieber, 5 Selebriti Popular Ini Juga Pernah Berdepan Wajah Lumpuh

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana