Pemilihan beberapa penyanyi wanita dari Malaysia sebelum ini untuk diberikan penghormatan oleh platform penstriman lagu popular, Spotify di papan iklan New York Times Square sebelum ini telahpun membuat ramai dalam kalangan kita tumpang berbangga.
Ia adalah bersempena kempen promosi platlist EQUAL yang diperkenalkan oleh Spotify demi memberikan sokongan kepada wanita di seluruh dunia dengan semangat memperkasakan wanita.
Antara yang pernah mendapat penghargaan untuk menjadi sebagai sebahagian daripada ‘gadis poster’ playlist EQUAL ini termasuklah Yuna, Layla Sania, Dolla, Iman Troye dan Aina Abdul. Setelah sekian lama, akhirnya tiba jua giliran penyanyi kegemaran Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula di papan iklan digital tersohor itu.
Sambil menzahirkan kesyukuran di atas penghormatan yang diterimanya ini, Siti berkata beliau juga baru mendapat tahu pada hari ini.
“Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” catatnya menerusi hantaran di Instagram.
Bagi korang yang ingin mendengar playlist EQUAL dengan senarai lagu terbaru ini, jom klik pada pautan di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.