‘The Return Of Superman’ antara program Parenting Korea Selatan yang popular di Malaysia. Berkisar tentang selebriti lelaki Korea yang berpangkat bapa menerima cabaran untuk menjaga anak tanpa si ibu selama dua hari.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelakon Korea Yoon Hong-bin Imbas Halloween Di Itaewon, Perasan Ada ‘Petanda Kecil’ Sebelum Tragedi
Dah sudah tentu ramai yang mengenali kanak-kanak Korea Selatan kembar tiga, Daehan, Minguk dan Manse, yang pernah memikat hati ramai dengan telatah mereka suatu ketika dahulu melalui rancangan “The Return Of Superman”.
Ditonton ramai ketika masih bayi, kini mereka kembali di kaca televisyen dan seluruh peminat rancangan ini terkejut!
Hal ini kerana, bayi kembar tiga yang mereka tonton pada tahun 2014 ini sudah dewasa semuanya dan sama tinggi dengan bapa mereka! Begitu pantas masa berlalu.
Wah, dah besar ye masing-masing. Dulu suka lihat teletah kembar tiga ini yang comel!
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA