Generasi kini pasti cukup kenal dengan Pulau Langkawi. Destinasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara disebabkan pantainya yang indah selain pelbagai tarikan sejarah di situ.
ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Pulau Di Malaysia Terima Anugerah Antarabangsa, Langkawi Diiktiraf Pulau Terbaik Asia Tenggara
Ingatkah korang tentang kisah Mahsuri?
Pelbagai versi kisah Mahsuri di Pulau Langkawi sering menjadi bualan ramai menyebabkan ada beranggapan ia sekadar mitos atau dongeng. Tapi mungkin ramai juga yang masih mengingati tentang keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aishah atau nama Thainya Sirintra Yayee atau Nong May.
Beliau juga dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri di pulau bersejarah Langkawi ini. Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Wan Aishah Wan Nawawi yang kini berstatus ibu dan pulang ke Langkawi.
@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)
Dalam beberapa video, Wan Aishah kembali menjadi tular di laman sosial TikTok selepas ke Langkawi. Walaupun sudah bergelar ibu, kecantikan Wan Aishah tetap menjadi bualan netizen.
Lebih menarik, beliau tidak lupa melawati lokasi penuh sejarah nenek moyangnya iaitu Makam Mahsuri. Malah, kali ini wanita berusia 37 tahun itu turut membawa bersama anak lelakinya.
@may7gen #CapCut #AvantiYatchCharter #Langkawi #Mahsuri #7genstudio ♬ เสียงต้นฉบับ – KhunNumay 👩
Bagi yang tidak mengetahui lanjut berkenaan wanita yang dikatakan keturunan yang ketujuh Mahsuri, berikut 10 info menarik mengenai Wan Aishah;
P/S: Sebagai remaja generasi baharu, kita harus mengenali serba sedikit tentang sejarah negara sebagai pengetahuan umum agar cerita bangsa tidak mati ditelan zaman.
BACA : Kenali Tengku Budriah, Cucunda Raja Kerajaan Melayu Pattani Terakhir
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.