Mungkin ada diantara korang yang masih belum selesai menggantikan puasa Ramadan tahun lalu. Masih sempat lagi sekiranya korang ingin ganti puasa kerana ada lebih kurang 18 hari lagi untuk umat Islam menyambut Ramadan.

Puasa bulan Ramadan adalah wajib dan jika kita tinggalkan puasa tersebut, wajib untu diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadan berikutnya tiba. Jika kita gagal menggantikan puasa lalu, kita wajib membayar fidyah.

Menurut Pusat Pungutan Zakat (PPZ), fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa, Ini Cara Pengiraan Sebenar
Foto: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum membayar fidyah ini adalah wajib dan ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Bagaimana pula jika kita mahu mengira bayaran fidyah? Jom kita lihat antara contoh situasi yang diberikan oleh pihak PPZ ini.

Situasi 1

Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Dia belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).

Formula kiraan:

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah

7 hari x RM4.00 = RM28.00

Situasi 2

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Dia tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyahnya.

Formula kiraan:

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah x bilangan tahun yang ditinggalkan

(7 hari x RM4.00) x 3 tahun = RM84.00

Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.

Ads

Golongan yang wajib membayar fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

Contoh:

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah

30 hari x Rm4.00 = RM120.00

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa, Ini Cara Pengiraan Sebenar
Foto: salamweb

2. Perempuan yang mengandung atau sedang penyusukan anak, khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita itu akan dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar:

Ads

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah pada tahun tersebut

7 hari x RM4.00 = RM28.00

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa, Ini Cara Pengiraan Sebenar
Foto: theAsianparent (Gambar hiasan)

3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramada berikutnya, barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah (cupak)

10 hari x RM4.00 (fidyah)

4. Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Ads

Contoh:

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyahnya dikira:

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah pada tahun tersebut

13 hari x RM4.00 = RM52.00 (fidyah)

5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh:

Jamal tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Dia hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke keatasnya ialah:

Bilangan hari tidak berpuasa x kadar fidyah (cupak)

3 hari x RM4.00 = RM12 (fidyah)

Untuk lebih memahami, korang boleh semak dalam gambar berikut:

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa, Ini Cara Pengiraan Sebenar
Foto: PPZ

Namun diingatkan, ada puasa-puasa tertentu yang korang perlu juga ganti sekiranya sudah membayar fidyah. Kalau nak mudah lagi, korang boleh kunjungi pusat zakat berhampiran dan beritahu mereka berapa jumlah hari puasa yang tidak sempat digantikan. Nanti pihak PPZ akan kirakan untuk korang dan boleh terus buat pembayaran disana.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan pencerahan buat semua.

Sumber: PPZ

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI