G

Di saat orang ramai berfikir tidak perlu mengimbas aplikasi My Sejahtera kerana hanya mahu mengisi minyak tanpa masuk ke kedai serbaneka, mulai hari ini pemikiran ini perlu ditukar agar tidak menerima saman bernilai RM1000 dari pihak berkuasa.

Ini kerana orang ramai wajib mengimbas MySejahtera semasa membuat urusan di stesen minyak bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di lokasi tersebut.
Ini kerana aplikasi MYSEJAHTERA telah diperkenalkan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Umum telah mengetahui aplikasi itu bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekali gus dapat mengesan sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Ia sangat penting demi pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Ads

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.
Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak.

Ads

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

Ads

“Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.

Perlu diingat! Sentiasalah amalkan SOP dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan kerajaan demi memutuskan rangkaian Covid-19 yang kian mengganas ini. Sumber : Sinar Plus/ Malay Mail

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI