Wakil Malaysia Bakal ‘Angkut’ Rumah Kampung Ke Miss Universe 2020

Share

Penyertaan wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe semakin diperkatakan saban tahun. Bukan hanya kredibiliti wakil negara yang menjadi simbol kepada kekuatan dan kegigihan wanita menjadi tumpuan.

Malahan, ramai juga akan tertarik dengan kreativiti yang disuntik oleh pasukan pereka kostum nasional setiap kali negara menghantar wakil ke pertandingan tersebut.

Jika dilihat kembali kepada tahun-tahun sudah, Malaysia dengan bangganya pernah mempamerkan kostum lain daripada yang lain seperti Menara Berkembar Petronas, Nasi Lemak, Perahu Kolek dan sajian makanan Peranakan pada tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN Unik Dan Kreatif. Kostum Nasional Menarik Miss Universe Malaysia. – REMAJA

BACA LAGIGaun Miss Universe Malaysia 2019 Ilham Pantai, Kostum Pula Ada ‘Meja Makan’ – REMAJA

Kostum ‘Kampungku’

Penyertaan Malaysia untuk edisi 2020 kali ini tidak kurang hebatnya apabila wakil negara, Francisca Luhong James dan pereka fesyen, Carven Ong membawakan idea rumah kampung untuk ‘diangkut’ ke lokasi pertandingan di Hollywood Florida, Amerika Syarikat pada 16 Mei ini.

Kostum yang mempunyai struktur rumah kampung untuk dibawa oleh Francisca ke atas pentas itu hadir dengan dua versi berbeza di bahagian hadapan dan belakang.

Dalam majlis pratonton yang dianjurkan oleh pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) semalam, Francisca dilihat ‘keluar’ dari pintu rumah kampung serba hitam dan putih dalam persalinan gaun kaftan batik.

Kaftan monokrom dengan corak Pua Kumbu bagi memberi signifikan kepada identiti Fran sendiri dari Sarawak lengkap dengan perhiasan kepala (head gear) dalam bentuk basikal tua.

Francisca kemudiannya kembali masuk ke dalam prop rumah tersebut, memusingkannya dan mempamerkan sisi berbeza rumah kampung yang kini ceria berwarna.

Persalinan Francisca turut berubah wajah menjadi busana yang lebih moden dengan perincian manik serta headgear baru yang mempamerkan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan serta ‘anak patung’ Francisca oleh Wesley Hilton dari Borneo Doll.

Wow, meriah ya kostum nasional kali ini ya!

Bercakap mengenai konsep di sebalik kostum ini, REMAJA bertemu dengan Carven untuk mendapatkan maksud di sebalik setiap elemennya.

Kata beliau, warna hitam putih dalam versi pertama memberikan makna nostalgia mengenai kisah kita semasa zaman kanak-kanak di kampung halaman. Ia mendatangkan memori indah buat mana-mana rakyat Malaysia yang kini sudah menetap di bandar.

“Bagi versi kedua kostum ini pula, ia lengkap dengan beberapa perkara yang akan ada di mana kampung halaman seperti replika ayam, pokok kelapa, rumah kampung yang mempunyai langsung, kerawang keemasan dan tikar mengkuang yang disiapkan khas dari Kelantan.

“Pada bahagian tikar itu juga ada rambu emas yang merupakan metafora kepada bendang sawah kita yang menjadi punca rezeki serta makanan ruji rakyat Malaysia.

Bendang Sawah

Tikar Mengkuang

Bunga Raya

“Warna jingga keemasan pada kostum ini pula diinspirasikan daripada waktu senja di mana ia merupakan waktu yang nyaman dan hening – sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” katanya. Jelas Carven lagi, kostum seberat 45 kilogram ini mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.

Penulis turut tertanya-tanya, bagaimanakah Francisca akan membawa rumah kampung ini ke Florida?!

Haa, untuk pengetahuan, Carven sudah berpengalaman menyiapkan kostum bersaiz besar bernama Peranakan Indulgence yang dipakai oleh wakil negara, Shweta Sekhon pada tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITANKekeliruan Mega, Miss Philippines Pemenang Sebenar Kostum Nasional Terbaik? – REMAJA

Justeru, beliau sudah arif dalam soal memasang dan meleraikan kostum seakan ini dengan mudah.

“Jika diteliti secara dekat, rumah kampung ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang boleh dilipat mengikut sistem nombor. Jadi mudah untuk Francisca memasangnya nanti di sana dengan hanya mengikut langkah-langkah yang kami telah sediakan.”

*

Apa pendapat korang?

Adakah kostum nasional ini sekali lagi akan menjadi topik perbualan sedunia di pentas Miss Universe seperti yang berlaku dua tahun lalu? Sama-samalah kita nantikan.

Sementara itu, korang boleh menunjukkan sokongan terhadap Francisca Luhong James yang mewakili negara kita ke Miss Universe 2020 dengan mengundinya bagi menempah slot ke pusingan Top 21.

Undian boleh dilakukan di aplikasi rasmi Miss Universe bermula sekarang hingga hari pertandingan kelak.

Dalam pada itu, majlis pratonton semalam turut mengumumkan Rizman Ruzaini selaku pereka gaun rasmi untuk disarungkan Francisca. Tonton pautan video di bawah untuk melihat ‘walk’ Francisca dalam busana berkonsepkan Puteri Sejinjang ini.

Published by
FZ